03Sep

Lebih 10 Panggilan Serentak Melalui Skype 5.0 Beta

Perisian

Jika anda pengguna aktif Skype, anda semestinya menyukai beberapa fungsi baru pada Skype 5.0 Beta untuk Windows, dimana melaluinya ianya membawakan kebolehan untuk anda bersembang melalui video kepada lebih 10 orang pada sesuatu masa.

Walaubagaimanapun, untuk bersembang dengan lebih 10 orang pada sesuatu masa, anda perlu memastikan yang kesemua rakan anda itu menggunakan sistem operasi Windows, memandangkan sistem operasi lain masih lagi belum disokong sepenuhnya oleh Skype.

Selain daripada itu, Skype 5.0 Beta 2 juga membawakan beberapa antaramuka yang baru, dengan kualiti panggilan yang lebih baik, serta fungsi untuk mengembalikan sesuatu panggilan secara automatik sekiranya ianya tergendala di separuh jalan. Pada masa yang sama, anda juga boleh menghantar mesej IM kepada rakan anda diluar talian, dimana rakan anda akan melihatnya apabila mereka membuka Skype mereka kelak.

Memandangkan ianya masih lagi dalam peringkat beta, para pengguna perlulah sedia maklum, yang mana ianya mungkin mempunyai beberapa masalah yang telah dikenalpasti, mahupun tidak. Namun begitu, anda masih boleh memuat-turunnya dan mengujinya pada komputer anda.


Pra-Alpha Aplikasi Opera 10.5 Pada 22 Disember
Samsung Tidak Ingin Membeli webOS Milik HP
#Tips : Ubah Gambar Latar Pada Desktop Dan Profil Twitter Secara Automatik Setiap Hari
Pembangunan Untuk Firefox 8 Metro Telah Pun Dimulakan
UTHM Ingin Membolehkan Anda Menghantar Mesej Tersembunyi Dalam Gambar

11 Komen

  1. Nizam6281 pada 03 Sep 2010

    Aku peminat skype da sekarang hehe
    add saya ye nizam6281
    haha boleh promote hihi

    • mosyar pada 04 Sep 2010

      hohohoho…setakat ni aku xpernah lagi guna skype ni. guna yahoo messenger je…hahaha. ingat nk try buat gak.

  2. aktechpage.com pada 04 Sep 2010

    X pernah pakai SKYPE..
    Selalu chat guna YM, FB & Google Talk sahaja…
    Itupun da lebih drpd cukup… :P

  3. TintaLuhur pada 04 Sep 2010

    aku layan skype ms buat video call..YM x clear sgt..skype memg baguiiiih

  4. SyahDila pada 04 Sep 2010

    add me.. syah_avx05

  5. Anarm pada 05 Sep 2010

    add me.. khairul_anarm

  6. Ali ridha pada 05 Sep 2010

    selame ni.cuma dengar je.
    xpernah guna pon Skype……

  7. Fareast pada 05 Sep 2010

    Agak menarik untuk dicuba Skype nie..
    dulu2 pernah install tp t’lah dibuang sbb lebih ramai yg menggunakan YM.. :)

  8. topo pada 06 Sep 2010

    pergh.. aku dah lama tak guna skype.. macam best la plak..

  9. cheftwo pada 06 Sep 2010

    tak pernah ada lagi akaun skype.. best ke?

  10. mancai pada 08 Sep 2010

    skype aku guna untuk kerja je…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader