17Sep

Pembangun JomSocial Bakal Memperkenalkan SookaChat

Web 2.0

Selain berjaya mempermudahkan bagi pembangun Joomla untuk mengubah laman mereka menjadi sebuah rangkaian sosial dengan mudah melalui JomSocial, kini dalam jangka masa 12 hari lagi, mereka bakal memperkenalkan produk baru mereka, SookaChat.


SookaChat Membolehkan Anda Menambah Fungsi Menyerupai Facebook Chat

Melalui SookaChat, ianya bakal membolehkan para pembangun laman web untuk menyertakan fungsi sembang masa-nyata sama seperti Facebook Chat, sekaligus membolehkan para pengguna di sesuatu web itu bersembang dalam masa-nyata pada sesuatu masa itu. Ini juga pada masa yang sama akan membuatkan para pembaca sesuatu blog itu kekal lebih lama daripada biasa.

Harga bagi SookaChat ini bermula daripada $9.95 untuk setiap bulan yang menyokong sehingga 50 orang pengguna pada sesuatu masa. Namun begitu, ianya tidak pasti samaada harga ini akan kekal atau berubah ketika pelancarannya kelak. SookaChat dijangka hanya akan menyokong Joomla sama seperti JomSocial dan beberapa produk lain dibawah Azrul.com.

Selain daripada SookaChat.com, MohChat.com juga membawa para pengguna kepada lokasi yang sama.
JomSocial pernah memenangi Anugerah Aplikasi Joomla Terbaik 2009 di CMSA


Tumblr Memperkenalkan Fungsi Komen
Tumblr Memperkenalkan Fungsi Halaman Statik
Laman Komuniti Muslim - Isla.my Diperkenalkan
Berjayakah Perkhidmatan MyEmail Dilancarkan Pada Bulan Julai Ini?
Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader