24Sep

Twitter Bakal Memperkenalkan Fungsi Statistik Percuma?

Web 2.0

Selain daripada perubahan antaramuka pada Twitter, kini beberapa laporan mengatakan yang mana Twitter turut sama akan memperkenalkan aplikasi statistik percuma yang diintegrasikan pada Twitter, sekaligus membolehkan para pengguna mengikuti segala perkembangan dan data berkaitannya dengan mudah.

Ianya sudah pun mula diuji, dan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna. Buat masa ini, ianya masih lagi belum diketahui mengenai tarikh nyata bila manakah Twitter akan memperkenalkannya, namun ianya dijangka pada penghujung tahun ini.

Fungsi statistik pada Twitter telah pun diura-urakan sejak dari dahulu lagi, namun ianya diperkatakan yang mana ianya akan menjadi salah satu cara untuk Twitter menjana duit daripada Twitter. Tetapi, dengan pengumuman yang mengatakan ianya akan diperkenalkan secara percuma mengejutkan ramai pihak.


Cisco Mungkin Akan Mengambil Alih Skype?
Echofon Pada Mac Kini Menyokong Instagram
iLuvIslam Menceburi Industri Web Hosting
GroupsMore Ingin Memperluaskan Perniagaan
TonTon Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pengguna Berdaftar

7 Komen

  1. zik pada 24 Sep 2010

    ok gak tuh… boleh tahu graf macam ne..hehe

  2. cik yam pada 24 Sep 2010

    sy agak kurang berminat guna twitter sbb twitter kurang user friendly..

  3. Eizil pada 24 Sep 2010

    Kalau betul dorang buat percuma, memang terbaik aa kan… :)

  4. Taufik Mansor pada 26 Sep 2010

    harap-harap la percuma…huhu

  5. Ali ridha pada 26 Sep 2010

    boleh Twitter terus bertahan
    dalam alam maya ni

  6. Mohd Isa pada 26 Sep 2010

    masih tidak faham, statik ni macam mana. jumlah follower dah ada, jumlah tweet pun dah ada…apa lagi yerk…

  7. mancai pada 29 Sep 2010

    perkara yang dinanti2 ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader