15Sep

Twitter Memperkenalkan Twitter.com Baru

Web 2.0

Setelah sekian lama menggunakan antaramuka yang lama, kini Twitter mengumumkan rekabentuk baru dan revolusi ke atas antaramuka laman Twitter.com, yang membawakan pelbagai fungsi baru, selain memudahkan anda mengikuti sesuatu tweet itu dengan lebih mudah.


Antaramuka Twitter Baru

Melalui rekabentuk yang baru, ianya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan, dimana di bahagian kiri anda akan melihat carian, tweet, retweet dan sebagainya, manakala dibahagian kiri anda akan dapat melihat siapa yang baru ikuti anda di Twitter dan siapa yang anda baru ikuti, selain beberapa perkara asas seperti sekarang ini.


Tonton Video Secara Terus Di Twitter.com

Selain daripada itu, seperti yang diperkatakan sebelum ini, ianya lebih mudah untuk melihat kandungan media, termasuk gambar dan video secara terus melalui Twitter.com. Selain daripada itu, apabila anda klik pada @NamaPengguna, anda akan dapat melihat sebuah profail mini yang ringkas dan padat tanpa perlu anda ke halaman yang lain.


Geolokasi Pada Twitter

Fungsi-fungsi ini dijangka akan diperlihatkan secara berperingkat, dimana para pengguna akan dapat merasai perubahannya dalam beberapa minggu lagi.

Tips Daripada Amin @DiaDiriku. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


IdeaBuzz Membawakan Liputan Video Untuk Acara Terkini
Posterous Kini Menyokong Halaman Statik
Komen Pada Facebook Kini Dikemas-Kini Dalam Masa-Nyata
Aplikasi TableFour.Us Untuk Pengguna iPhone Dilancarkan
#Tips : Mari Jadikan Persembahan Lebih Menarik Dengan Prezi

9 Komen

  1. Khai pada 15 Sep 2010

    Terbaek!

  2. iela abul pada 15 Sep 2010

    twitter makin maju~

  3. DiaD pada 15 Sep 2010

    x sabar nak guna twitter yg baru ni

  4. naimz pada 15 Sep 2010

    terbaik dari ladang..huhu. inovasi seiring dgn peredaran zaman

  5. Hafaisy pada 15 Sep 2010

    semakin besar lah skrin diperlukan untuk twitter baru ni :-(

  6. Ali ridha pada 17 Sep 2010

    yahoo meme cam mana pulak.

  7. denaihati pada 18 Sep 2010

    Menarik ni …kalau lah aku ada 1M follower mesti power punya lah.

  8. titan pada 20 Sep 2010

    memang berbeza. Hehe..camana aku nak tembus ke 2k follower nih..baru 1k aje nih..


Trackbacks/Pingbacks

  1. [Review] Fungsi & Reka Bentuk Terbaru #NewTwitter | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader