11Sep

Windows Phone 7 Bakal Di Lancarkan Pada 11 Oktober?

Microsoft

Setelah sekian lama dinantikan oleh para peminat telefon pintar, kini beberapa info awal memperlihatkan yang mana Microsoft bakal melancarkan sistem operasi telefon pintar mereka, Windows Phone 7 pada suatu acara khas di New York pada 11 Oktober kelak.

Tarikh 11 Oktober dikatakan sebagai tepat seminggu selepas Steve Ballmer mengadakan sebuah acara khas berkenaan dengan Windows Phone 7 di London. Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Microsoft bakal melepaskan Windows Phone 7 pada bulan Ogos, dan perantian pertama yang menggunakan Windows Phone 7 dijangka bakal berada di pasaran seawal Oktober di Eropah dan November di Amerika Syarikat.

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Microsoft berkenaan dengan tarikh pelancaran ini. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, beberapa pengeluar telefon pintar seperti LG dan Samsung sudah mula memperlihatkan demo perantian mereka dengan sistem operasi ini, sekaligus mengukuhkan lagi dimana ianya berkemungkinan besar akan diperkenalkan oleh Microsoft seawal Oktober kelak.


Courier : PC Tablet Dari Microsoft
Windows 7 dan Bing Terus Maju
Internet Explorer 9 Beta Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Jimatkan Perbelanjaan IT Syarikat Dengan Microsoft CBC Portal
Hasil Facebook Like Rakan-Rakan Akan Diperlihatkan Pada Bing Mulai Minggu Ini

3 Komen

  1. Affan pada 11 Sep 2010

    secanggih mana pun handphone yg baru2, aku ttp guna hp biasa2. hehe
    walaubagaimanapun, thanks info ni bro.

    kenalah up to date jugak walaupun x berminat bli smartphone


Trackbacks/Pingbacks

  1. Samsung GT i8700 Di Lihat Bersama Windows Phone 7 | Gajet
  2. Video Windows Phone 7 Dari Asus Mula Kelihatan | Gajet

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader