15Sep

WP.com Stats Tidak Lagi Menggunakan Flash

Web 2.0

Sejak pengenalan HTML5, ramai yang sudah beralih meninggalkan Flash, dan lebih mengutamakan HTML, CSS dan JS dalam pembangunan web. Terkini, Automattic menggantikan WP.com Stat dan tidak lagi menggunakan Flash seperti dulu.


Statistik Baru Yang Tidak Lagi Menggunakan Flash

Dengan tidak menggunakan Flash lagi pada fungsi statistik WP.com Stats, kini ianya sudah boleh dilihat dan diakses sepenuhnya oleh para pengguna iPhone dan iPad, sekaligus membolehkan mereka mengikuti perkembangan semasa laman mereka dengan lebih mudah.

Walaupun ianya tidak lagi menggunakan Flash, ianya masih memaparkan segala informasi berkaitan sama seperti sebelum ini, dengan hanya sedikit perubahan pada bentuk gambarajah graf yang diperlihatkan. Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan dengannya daripada pihak Automattic.


Facebook Akan Di Tutup Hanyalah Suatu Berita Palsu
Twitter Untuk Android Kini Membawakan Sokongan Push Notification
Aplikasi Harian Metro, NST, Dan Berita Harian Untuk Android 3.0 Dilancarkan
WutMedia Memberikan Fokus Penuh Untuk Penerbitan Digital Sepanjang 2012
CultureRun Memudahkan Anda Mempelajari Sesuatu Dan Menambah Kepakaran Anda

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader