17Sep

Antaramuka Baru Yahoo! Mail Lebih Menarik

Yahoo!

Jikalau sebelum ini ianya diperkatakan yang mana Yahoo! Mail akan berubah wajah, hari ini, Yahoo! sendiri memperlihatkan bagaimana antaramuka Yahoo! Mail yang baru akan kelihatan. Menariknya, antaramuka baru ini kelihatan lebih menarik daripada GMail sendiri.


Antaramuka Baru Yahoo! Mail Beta

Selain daripada antaramuka yang diberi nafas baru, Yahoo! juga kini mengutamakan kepantasan, sekaligus telah mengubah beberapa perkara, menjadikan prestasi Yahoo! Mail lebih pantas, sekaligus membolehkan para pengguna berhubung dengan mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, fungsi anti-spamnya terus ditambah baik, menjadikan Yahoo! Mail masih kekal sebagai penyedia emel pertama yang melindungi para pengguna daripada emel berbentuk spam. Serta menariknya pada Yahoo! Mail baru kelak adalah ianya diintegrasikan dengan fungsi sosial, sekaligus membolehkan anda mengikuti perkembangan Facebook dan Twitter secara terus daripada inbox anda.

Pihak Yahoo! Mail dijangka akan memperkenalkan versi beta untuk Yahoo! Mail baru ini tidak lama lagi, sebelum penghujung tahun ini.


Salam Aidilfitri
Yahoo! Messenger 10 Beta Sedia Di Cuba
Yahoo! Kini Menjadi Pemilik Associated Content
Flickr Kini Menyokong Akaun Facebook
Versi Baru Yahoo! Messenger Membawakan Sokongan Tab

15 Komen

  1. Khai pada 17 Sep 2010

    Dah lama tinggalkan Y!Mail. Kalau bukan sebab still perluka ID untuk Flickr & Yahoo Messenger, ikutkan hati aku delete terus je.. hahaha!!

    Semoga berjaya bersaing dgn Gmail ye Ymail.. woot!

    • mosyar pada 18 Sep 2010

      bkn ke hang guna email forward ke ymail ke? hahahahaa.

  2. Adlan Khalidi pada 17 Sep 2010

    setuju dgn khai sebab awal2 dulu dah guna YM dan ramai masih guna messenger untuk chat.
    tapi still rasa annoying sebab ada iklan kat tepi tu..

  3. khaizarien pada 17 Sep 2010

    waaa ade yg baru ek.. tp jrg gune yahoo mail nie.. gune pun untk ym je

  4. zool pada 17 Sep 2010

    Aku selalu gak tengok ymail ni..
    tapi tang nak delete plak leceh.. kalau tick semua di deletenya

  5. Ali ridha pada 17 Sep 2010

    setakat ni aku masih ade
    4 akaun ymail.

  6. Fareast pada 17 Sep 2010

    Yahoo mail hnye dgunakan utk YM dgn Flickr jer.. sbb paparan agk serabut dan rase mcm tak seberape user-friendly sgt..

  7. mosyar pada 18 Sep 2010

    aku tetap support ymail.

    cumanya gmail ni rajin la skit asingkan email spam. tapi aku rasa gmail lagi bnyk email spam.

  8. Syafiq Zainal pada 18 Sep 2010

    ymail ni entahlah.. aku daftar then x guna. tetiba dpt mail spam. dan iklan kat kiri tu auto refresh every min.. annoying mail =.=”

  9. akil pada 19 Sep 2010

    “The all-new Yahoo! Mail has not been tested with your operating system.
    You can choose to continue anyway, or simply go to Yahoo! Mail Classic.”

    ceh! baru je semangat nk try..

  10. Qistina pada 19 Sep 2010

    Dah lama tak guna Yahoo Mail, sebab dulu bukak dia punya interface lambat sangat, mungkin disebabkan banner ads

  11. Ewan pada 19 Sep 2010

    Ahah email yahoo aku ada banyak doe,
    yang pertama tu banayak gila email span\m,
    sampai 20ribu dah email,
    mang serabot gila.

    Sekarang dah lama aku tinggalkan yahoo email,
    tukar ngan gmail lg bagus,
    dah lah cepat load,
    lg plk xder spam .

  12. msbmna pada 19 Sep 2010

    E-mel di Yahoo aku dah cecah 60k. Tak larat nak delete spam yang bersepah-sepah sejak guna GMail. Hahaha…

  13. Scromix pada 19 Sep 2010

    aku suka sebab unlimited….. smpn smpi lebam :P

  14. titan pada 20 Sep 2010

    hoho..aku ada berlambak akaun kat yahoo. Apapun, yahoo memang best walaupun gmail menjadi taruhan utama aku.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader