07Oct

Android Market Akan Mengintegrasikan PayPal

Google, Web 2.0

Setelah sekian lama, kini nampaknya Android Market akan dijana oleh PayPal, sekaligus memudahkan seluruh pengguna Android untuk membeli aplikai berbayar dengan lebih mudah. Ianya dijangkakan yang mana PayPal akan mengumumkan perkara ini pada acara tahunan PayPal pada 26 Oktober kelak.

Memandangkan kini Android adalah antara sistem operasi perantian mudah-alih yang digunakan secara meluas, membolehkan sistem pembayaran diintegrasikan pada Android Market akan menarik lagi minat pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk Android. Pada masa yang sama, PayPal boleh digunakan di lebih 100 buah negara, dan bukannya seperti Google Checkout yang masih belum diperkenalkan di kesemua negara.

Ianya dikatakan perbincangan bersama eBay telah pun selesai, dan PayPal akan menggumumkannya pada 26 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Cuil Selepas Sehari Pelancaran
Lebih Info Google Games Mula Kelihatan
Blogger Memperkenalkan Sokongan Favicon Dan Dua Fungsi Baru
TuneTalk Bakal Menawarkan Peranti Android Dari Samsung?
Adakah 1Malaysia.com Masih Hidup Ataupun Sebaliknya?

1 Komen

  1. Ali ridha pada 08 Oct 2010

    telefon csl pon ada guna
    Android.senang sikit
    nk beli-belah pakai
    telefon.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader