14Oct

AOL Mungkin Akan Mengambil-Alih Yahoo!?

Yahoo!

Selepas membeli rangkaian blog teknlogi terkemuka, TechCrunch, kini AOL diura-ura akan membeli Yahoo! dengan bantuan pelabur ekuiti persendirian, dimana sebahagian besar daripada syarikat Yahoo! akan dijual, manakala sebahagian daripadanya akan dijalankan dalam usaha untuk menyaingi Google dalam dunia pengiklanan dalam talian.

Ianya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya bagaimana kedua-duanya akan digabungkan sepenuhnya, memandangkan selain daripada portal, Yahoo! juga mempunyai beberapa perkhidmatan lain, termasuk Yahoo! Mail dan Messenger. Namun begitu, AOL yang pernah suatu-masa dahulu menjadi syarikat perkhidmatan dial-up mungkin ada cara mereka sendiri dalam menguruskannya kelak.

Selain daripada AOL, beberapa syarikat lain turut sama sedang dalam usaha membida Yahoo! dalam usaha untuk memiliki portal internet terkemuka itu. Sebelum ini, Yahoo! pernah menolak tawaran daripada Microsoft ketika Yahoo! diuruskan oleh Jerry Yang.


YM! 9.0 : Masalah Log Masuk Di Selesaikan
Selamat Tinggal Yahoo! MyWeb
Automattic Kini Pemilik Baru Blo.gs
Data Geocities Kelak Boleh Di Muat-Turun Melalui Torrent
Versi Baru Yahoo! Messenger Membawakan Sokongan Tab

3 Komen

  1. finalcross pada 14 Oct 2010

    Uiks? biar betik! kalo Yahoo nak beli AOL tu logik gak… Ade masalah ke ngan yahoo ni… hmmm

  2. Qistina pada 14 Oct 2010

    Pada pendapat saya, tak semua produk Yahoo akan dibeli oleh AOL, mungkin pembelian itu akan dilakukan secara bertahap, satu produk dibeli dulu kemudian satu produk lagi akan dibeli kemudiannya.

  3. Ali ridha pada 15 Oct 2010

    rugi la hoi.nk
    pegi jual kt AOL.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader