21Oct

Aper.MY – Laman Sosial Terkini Di Malaysia

Web 2.0

Selain daripada Ikon.MY dan juga Faces.MY yang masih dalam proses pembangunan, salah satu laman rangkaian sosial terkini di Malaysia adalah Aper.MY, yang mana menggunakan medium bahasa Malaysia pada laman mereka, selain membawakan pelbagai fungsi rangkaian sosial asas seperti laman-laman lain.


Laman Utama Aper.MY

Aper.MY merupakan salah satu laman sosial yang menawarkan medium interaksi dan juga komunikasi di antara para penggunanya samaada dalam berkongsi maklumat, berhibur, bersosial dan sebagainya. Pada masa yang sama, Aper.MY juga menyediakan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan khas untuk ahlinya, serta menyediakan pelbagai ganjaran menarik untuk penggunanya.

Secara amnya, antaramuka laman tersebut berkonsepkan ceria, selain membawakan beberapa fungsi laman sosial yang menyerupai Facebook, termasuk kebolehan mengemaskini status dan juga sembang. Namun menariknya, ianya menggunakan sistem memberi markah, dimana ianya bakal boleh diubah untuk ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh Aper.MY.


Laman Profail Pada Aper.MY

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang perlu diperbaiki adalah penggunaan bahasa pada laman Aper.MY dimana ianya menggunakan bahasa Malaysia seperti bahasa SMS sekaligus memperlihatkan kecacatan bahasa, walaupun mungkin ianya digunakan untuk bertujuan menarik minat para pengguna remaja menggunakan laman tersebut.

Buat masa ini, Aper.MY masih lagi pada peringkat Beta, dan mungkin banyak lagi fungsi baru akan dibawakan oleh laman tersebut pada masa depan kelak. Anda boleh mendaftarkan diri padanya dan mula menggunakan laman sosial ini, selain memberikan komen anda berkaitan laman tersebut pada ruangan komen dibawah.


Baloi.com.my Tidak Aktif Lagi - Berhenti Beroperasi?
Perkhidmatan MyEmail.my Bakal Mula Beroperasi Pada Bulan September
Twitter Menyokong Penghantaran Dan Penerimaan SMS Melalui Celcom Secara Rasmi
SocialShout Bakal Dilancarkan Sekitar Minggu Hadapan - Ganjaran Kepada Aktiviti Sosial Anda
Aplikasi TableFourUs Akan Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Symbian Dan MeeGo?

24 Komen

  1. finalcross pada 21 Oct 2010

    Dah check web kat ats tu…yg terkilan bila tengok bahasa yg terabur mcm budak tadika. Jika mahu hasilkan web ala santai pun,jgnlah sampai ‘password’ jd paswed. serius kelakar gila. tukarlah jadi kata laluan ke…hmmmm

  2. cik dara pada 21 Oct 2010

    oit,ade laman sosial baru ek.. bahasa mst mau tukar dulu tp xper,jnji ade lmn sosial kte sndri..

  3. zool pada 21 Oct 2010

    ye la.. nampak tak sesuai.. ..nak cek facebook adakah diorang buat ayat macam tu

  4. xflixz pada 21 Oct 2010

    haha..aku kenal company yg buat portal ni..kalo tak silap mase 2009 ke 2008 dulu diorg ade invite aku buat survey utk portal ni..

    ape2 pun tahniah..kene improve tatabahasa.

  5. luthfi pada 21 Oct 2010

    peh.. aman ko kan pecinta bahasa. so kena hantar surat cadangan kat depa ni

  6. ali mamak pada 21 Oct 2010

    apsal aku x leh daftar ek.. hampeh btl

  7. Iskandar pada 21 Oct 2010

    Sapa dibelakang laman ni. Ananda Krishnan? Syed Mokhtar?

    Kos “menghidupkan” facebook ialah kira2 RM600 juta setahun. Tapi nasib baik funding dia lebih kurang RM2.4 billion.

    Berapa funding utk aper.my nih?

    Bukannya apa. Laman2 sosial ni susah nak buat duit. Suka atau tidak, nak menghidupkannya perlu duit. Kalau asyik rugi aje, terkuburlah di archive.org.

    Membuat laman web tanpa memikirkan fasal duit yg perlu dibelanja sama macam buat roket tanpa memikirkan adanya graviti.

    Buat masa ni, aku terus guna facebook.com je lah. Walaupun tiap2 tahun facebook ni (macam Youtube) asyik rugi dan gila mentekedarah duit investor dia, aku tau yg paling kurang dia boleh hidup 2-3 tahun lagi.

  8. Iskandar pada 21 Oct 2010

    Oh! Sebelum korang “ketuk” aku. Baca ni dulu.

    Aku sara hidup aku bulan2 dengan laman2 web aku — fulltime. Aku ambik masa 4 tahun utk sedar benda di atas. Itupun lepas laman2 web aku tutup dek kesilapan yg dibuat dek ramai lagi pengusaha2 laman web.

    Bila dah sedar, barulah hidup aku lebih senang. Dan laman2 web aku jauhh lebih senang buat duit.

  9. syiaful pada 21 Oct 2010

    hehehe.. ape salahnye mencuba sesuatu buatan malaysia.. tak kena bayar pun boleh dapat hadiah lg… huhu.. jom try…

  10. Extremist Thinker pada 21 Oct 2010

    btol tue iskandar.ape web encik? :)

  11. xflixz pada 22 Oct 2010

    iskandar blogstarz kee?hehehehehe

  12. xflixz pada 22 Oct 2010

    anyway aper.my ni bahasa melayu dia kurang sesuai la..kalau ye pun nak nampak happening tolong la btol kan sket bahasa melayu tu..upah sket content developer..

  13. Omar pada 22 Oct 2010

    bahasa laman web aper.my tu boleh tahan slanganya.. kena perbaiki tu..

  14. sakura pada 22 Oct 2010

    mmg best la APER ni…enjoyyyy

  15. izzati pada 22 Oct 2010

    Maybe diorang nk wat nmpk catchy kot sbb laman sosial ni mcm sesuai utk golongan remaja..tp yg best ada ganjaran hadiah utk user..

  16. zulfadli pada 22 Oct 2010

    mmg byk skrg laman sosial, lepas fb ni, tapi byk dlm bahasa inggeris, yang ni bahasa melaysia.. walaupun bhs dia terlalu bombastik, boleh dibaiki..

  17. liesa pada 22 Oct 2010

    Sy dh join..suke part kumpul poin + dpt redeem contest tue..ade contest utk raye kan..hahah…syawal pon dh abis..tp xpe la..asalkan dpt brg pree…dulu b4 fb, i loyal gile ngan friendster, kononnye xmo hijrah ke fb la..skang ni bile dh tua ni rs cm ape la rugi pon join mende2 ni..free pown..n dpt adiah agi..so fb utk sesuka-suke n join aper.my ni utk menang hadiah! hoho!!

  18. syahrilhafiz pada 24 Oct 2010

    gila santai bahasa dia..
    ini nak martabat bahasa ke apa???ish2..

  19. swagger pada 24 Oct 2010

    thnks 4 sharig

  20. abrablog pada 24 Oct 2010

    hoho..leh tahan gak benda nih.

  21. Azam pada 26 Oct 2010

    Facebook, Friendster dan MySpace tak perlu gunakan bahasa rojak utk jadi popular. Dah la tak martabatkan Bahasa Malaysia, lepas tu gula-gulakan pengguna dengan hadiah bukannya kreativiti atau teknologi canggih macam laman web dari luar. Aper(Apa)? laman web ni utk monyet ke?

    • liesa pada 21 Feb 2011

      lu nk cangggih2 lu xyah la masok aper.my…asik agungkan westerners je! sket2 nk teknologi canggih wtf?? n yg monyet tu lu laa k…wtf loser btol! ni kompem geng2 serbanista nih..

  22. ada aku kesah? pada 27 Oct 2010

    aper nih???? x ley buka pon…. ok ke tidak??? ke dh giv up??? asik error.. bru nk feeling2…

  23. die pada 24 Jan 2011

    npe x leyh gne pn aper.my??
    huh…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader