Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah menjadi tanda tanya sekian lama, akhirnya kini ianya telah disahkan yang mana penggunaan perantian Blackberry tidak akan diharamkan di Malaysia. Ianya dimaklumkan yang mana pihak kerajaan yakin dengan sekuriti dan simpanan dan penghantaran data melalui perantian Blackberry.
Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana kerajaan Malaysia tidak akan menghalang penggunaan Blackberry seperti beberapa negara lain, memandangkan tiada sebarang laporan negatif berkenaan penggunaannya yang diterima di negara ini.
Ianya turut dimaklumkan yang mana pihak kerajaan telah pun mengadakan perbincangan bersama-sama dengan Research In Motion (RIM), syarikat pembangun perantian Blackberry dalam membincangkan isu berkenaan sekuriti dan sebagainya, dan kini ianya dimaklumkan yang mana Blackberry tidak akan diharamkan di Malaysia.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Syukur alhamdulillah, tak le segan-segan berBlackberry di khalayak ramai, terutama ketika mencheck mesej terkini Facebook
terbaik la..hehe meh2 sape bbm me up! =P
salam..
dtg membalas kunjungan..
kenapa lackberry mesti diharamkan eh??
sebab kes yahudi keep kita punya rekod tu ke??
sy kurang tahu
botak: refer to google about blackberry banned at india.