08Oct

Yahoo! Membawakan Fungsi Carian Yang Menarik

Yahoo!

Setelah sekian lama tanpa berita daripada Yahoo!, kini ianya memperkenalkan siri pertama dalam penambah-baikkan pengalaman penggunaan enjin cariannya, yang mana membawakan pelbagai informasi dan hiburan pada satu lokasi dengan mudah.

Kini, sekiranya anda membuat caian untuk sesuatu topik, anda akan dihidangkan dengan pelbagai informasi yang berkaitan dengan topik tersebut juga. Sebagai contoh, sekiranya anda melakukan carian untuk Wall Street, anda juga akan diperlihatkan dengan beberapa pautan pantas untuk trailer dan sebagainya dengan mudah.

Pada masa yang sama, Yahoo! juga kini mengguna-pakai teknologi HTML5 yang membolehkan pengguna perantian iPhone dan Android dapat mengaksesnya dan menggunakannya sepenuhnya.

Yahoo! juga seperti sedia maklum, diintegrasikan dengan laman sosial yang lain, dimana untuk carian imej, anda juga boleh melihat imej-imej daripada rakan anda melalui akaun Facebook dan Flickr. Namun terlebih dahulu, anda perlu menghubungkan akaun Facebook pada Yahoo! untuk dapat menggunakannya.

Selain daripada ini, Yahoo! juga dijangka akan memperkenalkan pelbagai fungsi baru lagi dalam masa terdekat ini. Kini, Yahoo! dilihat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memberikan pengalaman melayari laman web yang menarik dengan mudah melalui satu lokasi. Sama-sama kita lihat perkembangannya.


Kerjasama Strategik Antara Google dan Yahoo!
Yahoo! Akan Membenarkan Pengguna Muat Turun Permainan Kasual Secara Percuma
Yahoo! Memperlihatkan Iklan Yang Di Perkaya
Yahoo! Dalam Perancangan Untuk Membeli FourSquare
Yahoo! Mengeluarkan Carta Carian Tahun 2010

2 Komen

  1. Ali ridha pada 08 Oct 2010

    carian imej Flickr dan Facebook.
    senang sikit lepas ni.

  2. aktechpage.com pada 11 Oct 2010

    Adakah Yahoo lawan seteru Google??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader