02Oct

Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google

Google, Perisian

Pembangun Chrome telah pun mengumumkan pelepasan Google Chrome 7.0 Beta untuk Windows, Mac, Linux dan juga untuk Chrome Frame, sekaligus mengikuti jadual pembangunan mereka. Chrome 7.0 versi stabil akan dilepaskan dalam masa terdekat ini, dan mungkin kita akan dapat melihat Chrome 8.0 dan Chrome 9.0 sebelum penghujung tahun ini.

Chrome 7.0 Beta tidak membawakan sebarang fungsi baru, selain daripada peningkatakn pada prestasi, Javascript, selain beberapa permasalahan yang telah pun diatasi.

Namun begitu, ianya dikatakan yang mana pelbagai perkara yang sedang dibangunkan disebalik tabir, dan berkemungkinan besar, Chrome 7.0 kelak akan didatangkan dengan beberapa fungsi seperti Chrome Web Store dan juga sokongan hardware acceleration.

Versi stabil terakhir Google Chrome merupakan 6.0, dan telah dilepaskan pada 22 September yang lepas. Selain daripada Chrome 7.0 Beta, pembangun pelayar web Google ini juga telah memperkenalkan Chrome 7.0.536.2 untuk Windows, Mac dan Linux bagi saluran pembangun.


Chrome 5.0 Sedia Di Uji
iPhone Daripada DiGi Pada Suku Tahun Kedua
Intel, Sony dan Logitech Membangunkan Google TV
Disco Kini Membawakan Sokongan Twitter Dan SMS
Google Bar Hitam Kembali Semula Kepada Beberapa Pengguna

3 Komen

  1. Pejuang Kesenian Extreme pada 02 Oct 2010

    Bagus..Google memang peka dengan keperluan pelanggan..

    Entri Terbaru PKE:
    Laman Photo Effect Yang Terbaik!!

  2. numbness pada 02 Oct 2010

    chrome memang simple n sempoi!~

  3. Taufik Mansor pada 03 Oct 2010

    i like chrome as it is very fast although i’m using celcom BB


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader