12Oct

Chrome OS Kini Sudah Mencapai Fasa RC

Google, Sumber Terbuka

Dengan pembangunan pelayar web Chrome yang amat pantas, kini beberapa petanda memperlihatkan yang mana Chrome OS akan muncul pada bulan hadapan, dan berkemungkinan besar seawal 11 November kelak. Buat masa ini, Chrome OS sudah pun mencapai versi 0.9.78.1 dan berada pada fasa RC.

Chrome OS
Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif [info]

Chrome Browser
Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif Pada Pelayar [info]

Ianya dijangkakan yang mana Chrome OS akan bersedia sepenuhnya apabila ianya mencapai angka versi 1.0, dan melalui beberapa tulisan di laman pembangunan Chrome OS, ianya memperlihatkan yang mana Chrome OS akan dilepaskan pada November 11, ataupun paling tidak pada tarikh tersebut, segala kod akan dibekukan.

Buat masa ini, Google masih lagi belum mengumumkan sebarang perkara berkaitan pelancaran Chrome OS, namun ianya memaklumkan yang mana Google Chrome OS dan beberapa perantian yang menggunakannya akan diperkenalkan pada tahun ini.


OpenSUSE 11 Setanding Fedora dan Ubuntu
Google Kini Dengan Rekabentuk dan Antaramuka Baru
Antaramuka Khas Win 7 Pada Tablet Dari UI Centric
Kini Anda Boleh Bermain Permainan Arked Pada Chrome Melalui Sokongan MAME
Kini, Anda Boleh Membalas Emel Notifikasi Google+ Pada GMail

9 Komen

  1. Fahmishah pada 12 Oct 2010

    Tak sabar nak guna.

  2. Khai pada 12 Oct 2010

    dah release, sure aku guna kat hp mini aku tu.. hehe..

  3. Taufik Mansor pada 12 Oct 2010

    nampak elegen la chrome os ni… dah la chrome web browser dia pantas giler bila surf internet…

    cayalah google…. :D

  4. finalcross pada 13 Oct 2010

    OS yg paling ditunggu2…come on Google!

  5. zool pada 13 Oct 2010

    cam best je.. tapi nak install kat mana lum tau..

  6. Syafrizal pada 13 Oct 2010

    OS yang ditunggu2

  7. nazmieski pada 13 Oct 2010

    what? oh my GOD. can’t wait for the release……

  8. Qistina pada 14 Oct 2010

    tak sabar nak guna Chrome OS, lebih-lebih lagi OS ni diberitakan akan menjadi sistem operasi terpantas dan bebas virus.

  9. Sophon pada 27 Oct 2010

    bebas virus masa awal awal je kot. Jap lagi bila dah popular start banyak lah tu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader