15Oct

Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan

Gajet, Lain-lain

Melalui Belanjawan 2011, Perdana Menteri Malaysia hari ini mengumumkan yang mana cukai jualan telefon mudah-alih akan dimansuhkan sekaligus menjadikan telefon mudah alih biasa yang tertakluk kepada 10% cukai jualan dan telefon pintar bebas daripada cukai menerusi Perintah (Pengecualian) Cukai Jualan 2008.

Ini sekaligus akan membolehkan orang ramai untuk memiliki pelbagai jenis telefon mudah-alih pada harga yang sedikit murah berbanding sebelumnya. Ianya masih lagi tidak pasti samaada perantian mudah-alih yang lain yang mana turut mempunyai fungsi menyerupai telefon pintar, seperti PC tablet dan sebagainya akan bebas cukai jualan ataupun tidak.

Namun begitu, ianya merupakan salah satu langkah yang menarik daripada para pemerintah dalam usaha untuk meningkatkan kadar penembusan teknologi di Malaysia. Sehingga kini, di Malaysia terdapat pelbagai jenis telefon mudah-alih, termasuk, Android, iPhone, Symbian dan juga Windows Phone 7 yang akan mula dijual mulai bulan hadapan.

Imej : MalaysiaKini


RHB Memudahkan Transaksi Duit Ke PayPal
Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia Diperlihatkan?
Facebook Menguji Rekabentuk Dengan Bahagian Atas Bersifat Kekal
DiGi Menawarkan Samsung Galaxy Nexus Bermula Serendah RM1399
Nokia Lumia 610 Di Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi

20 Komen

  1. azam pada 15 Oct 2010

    Termsuk kot…selagi mudah alih…

    • along pada 19 Dec 2010

      salam..ako ade dgr la…tp xsure…thn dpn….price phone trun cmpai rm300…2 jz ura2 jee…ako pn xsure…

  2. finalcross pada 15 Oct 2010

    cantik! ni yg plg disukai…makin murah la smartphone pasni. ;-)

  3. zul pada 15 Oct 2010

    duti jualan..dikecualikan..tapi duti import masih ada ker? ke sama jer?

  4. mancai pada 16 Oct 2010

    Iphone murah sikit dah ni…

  5. wazy pada 16 Oct 2010

    bagus gak macam ni,semakin murah harga telefon bimbit

  6. Fareast pada 16 Oct 2010

    Bagus lah macam tu… Boleh lah sape2 beli handphone idaman mereka tu dengan harga yg rendah…

  7. Qistina pada 18 Oct 2010

    mudah-mudahan iPad pun akan dibebascukaikan..dapat kita miliki iPad dengan harga rendah sedikit yang memula.

  8. aktechpage.com pada 19 Oct 2010

    Jadi, pada Januari 2011 ni semua jenis handphone termasuk smartphone akan semakin murahlah harganya kan…

  9. andysons pada 22 Oct 2010

    ini 1 khabar gembira bg pggemar hp..pasni bleh la usha2 hrga br hp di pasaran…

  10. adib. pada 04 Nov 2010

    smartphone mungkin laa murah..khabar gembira untuk semua pengguna..tp agak2 laa kan…kompeni nk buat dak contract melampau2..walupon phone murah tp kena beli cara contract…ssh jgk..kalau tak unlock tak leh pakai….sbb dah murah…kemudian di susahkan.

  11. acap pada 12 Nov 2010

    haha lepas ni target iPhone la :)
    terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak <3

  12. be e pada 02 Jan 2011

    da 1 january da ni…brapa harga hp terkini?
    iPhone?

  13. koyeng pada 03 Jan 2011

    tahun 2011 dah samapi tp xdgr pun cukai phone dh kurang…. sembang kosong jer kot…

  14. Reil pada 06 Jan 2011

    kt keltan xtrun ag hr ga fon…jd ke x nihh???adui laaa…..

  15. Reil pada 06 Jan 2011

    ye kew….xtrun2 pn ag hrga fon nih…kat keltan la….jd ke x nihh???

  16. Firdaus pada 09 Jan 2011

    Kalau beli kat handset dr oversea kne cukai x??

  17. Mr.Fyaz pada 19 Jan 2011

    urm……ader bagus ader buruk nyer pekara nieh.
    tp…….agak2 bila pengecualian cukai nie akan dikuat kuasa kan??

  18. SJ pada 24 Jan 2011

    henpon sudah murah

  19. faizal pada 15 Feb 2011

    bile start pengecualian cukai ni? tgk harga masih same je kt kedai2…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader