29Oct

Data Geocities Kelak Boleh Di Muat-Turun Melalui Torrent

Yahoo!

Mungkin ramai yang merindui Geocities, yang mana ditamatkan oleh Yahoo! pada penghujung tahun 2009, dimana Geocities merupakan salah satu penyedia servis percuma pertama yang digunakan oleh ramai pembangun web dalam memperlihatkan kandungan mereka kepada dunia luar ketika permulaan zaman internet ketika suatu masa dahulu. Menariknya, tidak lama lagi, seluruh data Geocities kelak akan boleh dimuat-turun dalam bentuk fail Torrent yang mana kurang daripada 1 TB.

Ianya bukanlah usaha daripada pihak Yahoo!, manakala ianya di sediakan oleh Archive Team, dimana mereka tidak inginkan sejarah internet lupus begitu sahaja, dan ingin membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat-turun arkib Geocities secara percuma terus melalui torrent. Keseluruhan fail adalah bersaiz lebih daripada 900 GB, dan ianya akan dilepaskan kepada umum tidak lama lagi.

Geocities yang dimulakan tidak lama dahulu, dibeli oleh Yahoo! pada harga hampir $3 billion pada tahun 1999 ($3 billion merupakan nilai yang amat tinggi buat ketika itu). Namun begitu, dengan kemunculan harga hosting yang murah, selain pesaingan daripada Blogger dan WordPress, populariti Geocities makin merudum, dan akhirnya telah ditamatkan oleh Yahoo! pada 26 Oktober 2009.


Perkembangan Rekabentuk Baru Laman Yahoo!
Kerjasama 10 Tahun Yahoo-Microsoft Di Umumkan
Tiada Lagi Jemputan Di Perlukan Untuk Yahoo! Meme
Torrent Yang Melanggar Hak Cipta Di Buang MiniNova
Yahoo! Menyambut Ulang Tahun Ke-16

4 Komen

  1. Adam pada 29 Oct 2010

    Noltalgia betul Geocities. geocities la yang banyak membantu aku dalam mengenal dunia internet dan dunia HTML khususnya.

  2. eiman pada 29 Oct 2010

    boleh download balik ke data2 website dulu2 tu? ari tu tak sempat nak backup ler.. hehe

  3. mancai pada 30 Oct 2010

    pernah ada dulu…

  4. menj pada 30 Oct 2010

    Sebenarnya trafik Geocities tak merudum dan stabil, malah meningkat. Tetapi pihak Yahoo! ni bodoh, diaorang dah malas nak maintain brand tu. Padahal kalau diaorang buat social networking site ke, atau forum ke….kan boleh tu?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader