Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas Twitter memperkenalkan antaramuka laman yang baru, kini Facebook turut diura-urakan akan memperkenalkan beberapa perubahan pada antaramuka mereka pada suatu sidang media khas esok. Namun begitu, beberapa perubahan sudah pun mula kelihatan hari ini, dimana ramai pengguna yang melaporkan mengenai perubahan pada Facebook Chat.
Facebook Chat akan menerima antara perubahan besar esok, dimana ianya akan dialihkan ke sebelah kiri laman Facebook, bertentangan arah dengan apa yang ditawarkan oleh Facebook pada masa sekarang ini. Selain daripada itu, Facebook Chat juga akan menampilkan gambar profail yang lebih besar berbanding sekarang, selain tidak lagi menunjukkan masa pada bahagian tepinya seperti sekarang ini.
Selain daripada itu, ianya diperkatakan yang mana, Facebook juga akan memperkenalkan beberapa perubahan pada laman profail serta juga pada halaman Places. Ianya diura-urakan yang mana navigasi pada Facebook akan diubah, dan dialihkan kepada lokasi baru, serta memperlihatkan aplikasi sebagai ikon pada bahagian bawah gambar profail pengguna di halaman profail.
Ini semua dan banyak lagi dijangka akan diperkenalkan oleh Facebook esok, melalui sebuah sidang media khas. Mungkin juga kita akan dapat melihat strategi baru Facebook melaluinya kelak. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya esok.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yang penting, perubahan itu tidak mengganggu aktiviti aku berfacebook, aku tak kesahh..hahhaa…
hohoh patut la dari tadi bdak2 ni sibuk kata new chat la bagai.. aku ingat apehal la tadi
cant wait!!
Masih belum dapat lg. X berapa rajin sgt berchat di fb.
jgn sampai FB down sudah ler.. hehe.. menantikan perubahan pada FB yang akan berwajah baru ini..
shit.. makin bertambah aa duit gaji tuan punya fb nih.. kui3
ade tak pgumumannyer?