31Oct

Facebook Membeli Aset Dan Teknologi drop.io

Web 2.0

Selain daripada Google, tahun ini memperlihatkan yang mana Facebook turut sama membeli beberapa syarikat dan servis berasaskan internet dan menambahnya dibawa portfolio mereka. Terkini, Facebook telah membeli drop.io yang mana menyediakan servis perkongsian media secara perkomputeran awan.

Drop.io menyediakan servis untuk memuat-naik pelbagai jenis fail dan media,termasuk gambar, video dan dokumen, untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan anda yang lain dengan mudah. Namun begitu, amat menduka-citakan, selepas pengambil-alihan ini, servis tersebut akan ditutup. Menurut drop.io, servis tersebut akan ditutup secara rasminya pada 15 Disember, dan para pengguna berbayar tidak lagi perlu membayar selepas 15 November. Data-data pada laman tersebut juga akan dipadam sepenuhnya pada 15 Disember kelak.

Buat masa ini, masih tiada sebarang servis perkongsian yang diperkenalkan oleh Facebook, dan mungkin ianya akan diperkenalkan pada Facebook tidak lama lagi, memandangkan ianya semakin berkembang sebagai rangkaian sosial terkemuka dunia. Buat masa ini, Facebook merupakan laman perkongsian nombor satu didunia, meninggalkan Flickr, selain turut menjadi pilihan pengguna untuk berkongsi video. Mungkin tidak lama lagi, Facebook akan memperkenalkan perkongsian dokumen dan audio padanya hasil daripada pembelian drop.io ini.


Microsoft Integrasi Facebook Pada Live
Laman About.me Di Buka Untuk Semua
Aplikasi Harian Metro, NST, Dan Berita Harian Untuk Android 3.0 Dilancarkan
Where Got Parking Bakal Memudahkan Pencarian Lokasi Meletak Kenderaan Di Pulau Pinang
Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?

2 Komen

  1. fahmi ibrahim pada 31 Oct 2010

    Semakin sukar untuk menyaingi facebook

  2. Affuan pada 31 Oct 2010

    Google mungkin akan memperkenalkan sesuatu yang lagi baru dan maju. Kita tunggu dan lihat.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader