Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, Facebook hanya membolehkan para pengguna memuat-turun gambar beresolusi tinggi sahaja, dan menariknya, kini, Facebook memberikan peluang kepada para pengguna untuk memuat-turun info daripada Facebook dengan mudah.

Melalui acara khas yang diadakan oleh Facebook itu, kini mereka membolehkan para pengguna untuk memuat-turun pelbagai maklumat, termasuk informasi profail, senarai rakan-rakan, arkib wall anda, gambar-gambar anda, video anda, Facebook Notes, dan juga senarai acara (event) dan mesej dengan mudah melalui suatu fail zip khas.
Ini juga, sekaligus memperlihatkan yang mana kini Facebook memberikan lebih kawalan kepada para pengguna mengenai maklumat yang dikongsikan mereka di Facebook, dan dengan fungsi muat-turun, mereka boleh mengambil segala data dengan mudah bersama mereka.
Untuk mengakses fungsi ini, para pengguna hanya perlu akses ke halaman Account Settings, dan seterusnya klik pada Download Your Information, dan anda sudah boleh memuat-turun segala data anda di Facebook dengan mudah.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum aktif lagi buat masa ini, dan ianya masih lagi belum diketahui, bagaimanakah fail berbentuk zip ini akan dapat digunakan oleh para pengguna.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Informasi yang sangat bagus. Walaupun tak pernah guna aplikasi ni
dasat toi..
ade ke aplikasi yg boleh collect email fren2 dlm fb?
tak aktif lagi rupanya
Macam mana fb2mobile masuk mesej dan menhantar mesej melalui fecabook mesej