13Oct

Facebook Menguji Sistem Komen Baru

Web 2.0

Setelah memperkenalkan fungsi ‘Like’ pada komen, kini Facebook mungkin sekali lagi akan memperkenalkan kemaskini pada sistem komen mereka, iaitu fungsi mengundi komen serta kebolehan untuk memberi rating kepada sesuatu komen itu, dan juga fungsi komen berperingkat, membolehkan balasan komen anda lebih tersusun rapi.


Kemaskini Baru Pada Sistem Komen Facebook [via]

Selain daripada kebolehan untuk mengundi sesuatu komen itu naik atau turun, Facebook juga dijangka akan memperkenalkan fungsi komen berperingkat, sepertimana yang terdapat di kebanyakkan blog hari ini. Pada masa yang sama, lebih banyak informasi berkenaan seseorang pengguna itu diperlihatkan, dimana melalui ujian yang dilakukan itu, ianya kelihatan yang mana Facebook mula memperlihatkan kawasan dan lokasi di sebelah nama pengguna pada komen.

Ianya sesuatu yang menarik untuk melihat Facebook memberikan pembaharuan kepada fungsi komen, dimana ianya merupakan salah satu fungsi utama yang menarik ramai pengguna mula menggunakan laman sosial mereka. Buat masa ini, masih tiada sebarang komen rasmi daripada Facebook berkaitan perkara ini, dan ianya tidak lagi diketahui samaada fungsi ini akan diperkenalkan kepada umum ataupun tidak.


Automattic Kini Pemilik Baru Blo.gs
Facebook Pages Diberikan Nafas Baru
Fungsi Carian Pada Twitter Kini 3 Kali Lebih Pantas
RakanSukan - Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini
Fungsi Facebook Timeline Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Secara Berperingkat

7 Komen

  1. atan ahmad pada 13 Oct 2010

    lagi semak la wall facebook…

  2. Syafrizal pada 13 Oct 2010

    bertambah2 la komen nanti…

  3. yanmie pada 13 Oct 2010

    Salam, wah makin canggih pulak fb nie siap boleh vote komen turun naik…ehehe

  4. Eriyza pada 13 Oct 2010

    Ghajin sungguh team FB ni.

  5. Mohd Isa pada 14 Oct 2010

    aku dah byk tgk benda ni yg menggantikan shoutmix di blog, memang menarik. tp semak la plak. hehe

  6. Qistina pada 14 Oct 2010

    namun ia bergantung pada kualiti mesej yang akan dipaparkan, sebelum mendapat banyak komen. Kurang mesej di wall, maka akan kuranglah komen. Oh, dah dua hari saya tak bukak FB saya.

  7. muyyaQ pada 15 Oct 2010

    its great idea!. i’d been thinking about this years ago after a while using facebook.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader