16Oct

Google Instant Akan Menyokong Perantian Mudah-Alih

Google

Setelah memperkenalkan fungsi Google Instant, serta membawakannya kepada pelayar web Chrome melalui fungsi Chrome Instant, kini Google merancang untuk memperkenalkan Google Instant pada perantian mudah alih seperti iPhone dan Blackberry sebelum menjelang penghujung tahun ini.

Google telah memperkenalkan Google Instant pada bulan lepas, dimana ianya membolehkan anda membuat carian dengan lebih pantas, dimana keputusan carian diperlihatkan sebaik sahaja anda menaip huruf pertama pada kotak carian. Sejak daripada itu, pelbagai teknologi menarik yang telah dibangunkan menggunakan teknologi Instant yang diperkenalkan oleh Google.

Ianya diperkatakan yang mana Google Instant untuk perantian mudah alih kelak bakal membawa pelbagai kebaikkan kepada pengguna, dimana kebiasaannya, pengguna banyak tersilap menaip pada perantian mudah alih mereka dengan skrin yang lebih kecil. Namun, dengan fungsi Google Instant, ianya bakal menjimatkan masa pengguna, disamping memperlihatkan keputusan yang lebih relevan dengan lebih pantas.

Walaubagaimanapun, memandangkan adanya syarikat telekomunkasi yang mengenakan bayaran mengikut data yang dimuat-turun (bagi yang tidak melanggan sebarang pelan data internet) ianya bakal merugikan. Namun begitu, ianya pasti yang mana Google bakal membolehkan para penggunanya menutup fungsi tersebut sekiranya tidak inginkannya.


Google Memperkenalkan Fungsi Video Chat Pada GMail
Jual Beli Video Melalui YouTube
Chrome 4.0 Beta Di Datangkan Bersama Bookmark Sync
Google Maps Kini Memperlihatkan Perjalanan Dalam Bentuk Animasi 3D
Halaman Tab Suggested Diuji Pada Pelayar Web Google Chrome

3 Komen

  1. mancai pada 17 Oct 2010

    google sentiasa membuat sesuatu yang pelbagai…

  2. hanz pada 17 Oct 2010

    hanz x guna google crome…hanz suke mozila,tapi kalau mail baik guna gmail kan…besar…seronok guna mcm2 tool ader

  3. Qistina pada 18 Oct 2010

    Google Instant best! sangat membantu di saat kita memerlukan jawapan pantas


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader