08Oct

Google Memperlihatkan Doodle Dalam Bentuk Video

Google

Bersempena dengan ulang tahun John Lennon yang ke-70, Google mencuba sesuatu yang baru pada doodle halaman utama mereka, iaitu dengan memaparkan doodle bentuk video YouTube sepanjang 32 saat. Sekiranya anda klik akan logo doodle Google bersempena John Lennon itu, anda akan diperlihatkan dengan video itu terlebih dahulu, sebelum hasil carian berkenaan dengan John Lennon diperlihatkan.


Logo Doodle Yang Boleh Di Klik Untuk Memainkan Video


Doodle Google Dalam Bentuk Video

Bagi yang tidak mengenali John Lennon, beliau merupakan salah seorang ahli utama yang memulakan kumpulan The Beatles, yang mana merupakan salah satu kumpulan yang meletup dengan pelbagai lagu-lagu berbahasa inggeris pada kurun ke-20.

Sebelum ini, Google pernah mencuba doodle dalam bentuk animasi menggunakan teknologi HTML5, dan doodle dalam bentuk YouTube merupakan sesuatu yang baru dan menarik untuk dilihat.


Google Melancarkan Google Apps Labs
YouTube Memperkenalkan Sokongan Untuk Video 4k
Google Melancarkan Android 2.3 Gingerbread
Infografik : Steve Jobs - Bekas CEO Apple
Yahoo! Mungkin Mengantikan Enjin Carian Microsoft Untuk Google?

3 Komen

  1. Ali ridha pada 09 Oct 2010

    sejak aku ada internet kt umah.
    baru ari ni aku tau apa tu
    Doodle.

  2. emyalia pada 09 Oct 2010

    Google Terbaik…

  3. mosyar pada 10 Oct 2010

    la….aku dah perasan dah doodle tu, tapi xtahu la plak tu video. nampak gak button play tu, tapi tak tahu plak blh klik. hahahaha. duk sibuk nak search je.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader