Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk memudahkan pelbagai masalah menggunakan teknologi, kini Google memperlihatkan kereta yang bergerak secara automatik, sekaligus membawakan keselamatan ke tahap yang lebih tinggi, dengan mengelakkan kemalangan trafik, selain mengurangkan pembebasan karbon daripada sesuatu kenderaan itu.
Melalui kenderaan automatik ini, ianya menggunakan kamera video dan pengesan radar, serta laser untuk mengetahui keadaan trafik. Ianya juga menggunakan peta (yang dikumpulkan secara manual daripada kenderaan tersebut) untuk bergerak pada jalan raya.
Dengan teknologi yang bergerak pantas pada masa kini, ianya sesuatu yang menarik untuk melihat perkembangan seperti ini, selain dimana ianya tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi, ianya akan mula dijual kepada para pengguna seluruh dunia.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalau ada mmg nice~huhu
keta tanpa pemandu ka ni?
mmg smart
jimat minyak tak.
mesti la jimat.kan
ni teknologi hijau.