05Oct

Google TV Bakal Muncul Bulan Ini

Google

Setelah memperkenalkan Google TV lebih kurang lima bulan sebelum ini pada acara Google I/O, kini Google memperlihatkan perkembangan dengan dimana mereka mengemaskini laman Google TV, sekaligus memperlihatkan yang mana Google TV akan mula dijual tidak lama lagi.

Bagi yang masih tidak ketahui akan Google TV, ianya membawa konsep baru, dimana ianya mengabungkan siaran TV anda pada masa kini, bersama-sama dengan web, sekaligus membawakan pengalaman hiburan tanpa henti untuk anda. Google juga telah bekerjasama bersama dengan Amazon dan Netflix untuk membawakan pelbagai rancangan menarik dari dalam talian, terus ke kaca TV dengan mudah.

Selain pada itu, sama seperti pada telefon pintar masa kini, Google TV juga akan menumpukan perhatian pada aplikasi tambahan, dimana para pembangun boleh membangunkan aplikasi kegemaran mereka, sekaligus membantu dan membawa pengalaman menonton TV ke tahap baru.

Perantian dengan Google TV dijangka akan dilepaskan pada bulan ini, diimana Sony dijangka akan menjadi antara yang terawal, selain Logitech turut sama akan memperkenalkannya dalam masa terdekat ini.


Google Maps Memasukkan Iklan Bawah Peta
Skype Mula Mengenakan Bayaran Untuk Panggilan Video Berkumpulan
AdSense Untuk Kandungan Web Mudah-Alih Di Perkenalkan Untuk Malaysia
Aplikasi Google+ Untuk iOS Kini Menunggu Proses Pengesahan AppStore
Microsoft Membuat Video Parodi - GMail-Man

9 Komen

  1. Ali ridha pada 05 Oct 2010

    cantek boleh tgk TV masa
    dlm kuliah.hehehe….

  2. ST pada 05 Oct 2010

    Google jadi servis “one and only” la lepas nih kowt… haha

  3. Imran pada 05 Oct 2010

    hhmm. klu kat Malaysia harus sakit hati time nak tgk sebab video asyik buffering je

  4. syazwina pada 05 Oct 2010

    huhu . cant wait lahh .

  5. Faizal pada 05 Oct 2010

    Aku rasa Google TV lg better dr Apple TV. Apple TV byk limitation, org kaya2 bolehlah. Google TV nampak open sikit. Lg banyak partner.

    Apa2 pun kalau nk streaming kalau internet takat 1 Mbps tak yah lah berharap sgt.

  6. aktechpage.com pada 05 Oct 2010

    Nampaknya TV di internet semakin menjadi kenyataan..
    Lepas ni mgkn TV akan lupus..heheheh

  7. hafidz pada 05 Oct 2010

    Bagus juga ada alternatif yang lain ;)

  8. Abang Azis pada 05 Oct 2010

    Sekarang kena pikir macamana nak buat duit dari tv nie…

  9. matlap pada 06 Oct 2010

    bagus juga ada benda alah ni,langgan astro pun bukan nak tengok sangat,lagenda budak setan je best..
    ehehe.. nanti unifi dah pasang boleh la pakai google tv pulak…memang berbaloi2x


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader