24Oct

Jom2School – Belajar Secara Interaktif Di Luar Kelas

Lain-lain, Web 2.0

Seperti sedia maklum, pengalaman pembelajaran di sekolah buat masa ini boleh dikatakan sedikit membosankan. Dan menariknya, untuk mengatasi perkara ini, Jom2School ingin mengubah pengalaman pembelajaran menjadikannya lebih menarik sekaligus memudahkan para pelajar mempelajarinya dengan lebih pantas.

Melalui Jom2School, ianya mengintegrasikan dunia luar talian bersama dalam talian, sekaligus memuat-naik beberapa program kepada para pelajar untuk mengikutinya secara dalam talian. Kebanyakkan modul pembelajaran disediakan secara percuma.

Pada masa yang sama, selain daripada dunia dalam talian, Jom2School juga akan mengadakan beberapa beberapa acara di seluruh negara dalam usaha untuk menarik lagi para pelajar mempelajarinya dengan lebih mudah. Buat masa ini, Jom2School merancang untuk menyediakan bahan pembelajaran untuk para pelajar berumur antara 7 hingga 17 tahun.

Secara ringkasnya, Jom2School boleh dikatakan salah satu idea menarik untuk membolehkan para pelajar belajar dengan lebih interaktif lagi di luar bilik darjah. Jom2School juga ingin memudahkan para pelajar mempelajari pelbagai perkara yang tidak diajar di dalam bilik darjah, tetapi terdapat di dunia nyata.

Buat masa ini, laman webnya tidak siap sepenuhnya. Namun begitu, anda boleh mengikuti perkembangan mereka melalui laman blog sementara yang telah dibangunkan oleh mereka.


Twitter Bakal Memperkenalkan Fungsi Statistik Percuma?
Perkhidmatan Gambar Twitter Menggunakan URL Pic.Twitter.com
Evenesis Memudahkan Penganjur Menguruskan Sesuatu Majlis
SOFEss (Projek 1MDB) Memperkenalkan Sokongan Facebook Connect
Bantahan Untuk Akta Badan Perkomputeran Professional Dikumpulkan Melalui Laman Change.org

1 Komen

  1. mancai pada 24 Oct 2010

    bayar ke ni?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader