Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Melalui Initiatif Jalur-Lebar Kebangsaan, Malaysia mensasarkan untuk mencapai kadar penembusan jalur-lebar di Malaysia sebanyak 50%, dan menariknya, kini ianya dikatakan yang mana angka tersebut telah pun dicapai, malah dilangkaui, dimana kadar penembusan jalur-lebar negara buat masa sekarang ini adalah 53.5% secara keseluruhannya.
Untuk mencapai angka tersebut, pelbagai perkara dan kaedah yang telah dilakukan oleh kerajaan, dimana memperkenalkan program 1Netbook 1Malaysia, dimana para penduduk dikawasan pendalaman dibekalkan dengan seorang satu netbook, selain memperkenalkan program Kampung WiFi, dimana beberapa kawasan disediakan dengan akses jalur-lebar secara percuma.
Sebelum ini, pada tahun 2008, kadar penembusan jalur-lebar negara hanyalah pada 22%, dan dengan pencapaian 53% pada bulan ini, kerajaan masih lagi dalam sasaran untuk mencapai kadar penembusan 75% menjelang tahun 2015. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah data kadar penembusan ini dikira, memandangkan SKMM baru sahaja melepaskan data jalur-lebar negara untuk suku tahun kedua, dan ianya masih lagi jauh daripada sasaran negara.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lo datok kasi satu malaysia celah mane pun ade 3g bley?
Saya tidak bersetuju dgn program netbook yg memberi internet access terus di kawasan pendalaman.
Tahu apa benda pertama budak2 yg miskin dan tak minat belajar ni buat dengan netbook? Bukak web porno dan main games.
Dan disebabkan ibu ayah juga langsung jahil komputer, mereka tak tahu apa yg dibuat dek anak2 berjam2 dalam bilik membelek netbook. Akhirnya, makin bertambah jatuhlah pelajaran si anak. Dan makin bertambah naiklah rogol, zina, cabul dan lain2.
Komputer di tangan anak2 orang terpelajar adaah satu aset berguna. Kerana ia boleh dipantau oleh ibu bapa yg celik komputer. Tapi di tangan anak2 orang miskin di pendalaman, netbook satu dadah baru.
Program seperti ini telah di buat di beberapa negara. Tetapi hasilnya membimbangkan. Di USA, gred pelajar yg digolong dalam pendapatan sederhana dan rendah akhirnya jatuh selepas program ini dilancarkan. Sebabnya? Seperti di atas.
Menurut New York Times – ” .. little or no educational benefit is found. Worse, computers seem to have further separated children in low-income households, whose test scores often decline after the machine arrives, from their more privileged counterparts. ”
Kajian sama telah dibuat dibeberapa negara lain. Hasilnya sama. Anda boleh baca tentang cerita ini di New York Times.
http://www.nytimes.com/2010/07/11/business/11digi.html?_r=1
p/s Di kampung saya, mula pukul 8 malam, CyberCafe penuh pakcik2 yg dah 50an. Cari porno.
guna netbook yang OS nya kid user macam http://edubuntu.org… jadi celik ilmu lah derang…