Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah fasa demi fasa, Multimedia Development Corridor memasuki fasa ketiganya pada tahun hadapan – 2011, yang mana melalui fasa ketiga kelak, mereka akan memfokuskan dalam pembangunan dan inovasi ekonomi digital dalam mencapai negara berpendapatan tinggi.
Untuk mengalakkan dan menambah-baik potensi industri ICT, sebuah program khas akan dilaksanakan, dinamakan sebagai MY Creative Content dimana melaluinya, kerajaan mengalakkan pembangunan kandungan tempatan, selain mengehoskan kandungan tempatan, dan membuka pelbagai saluran baru untuk kandungan. Untuk program ini, kerajaan memperuntukkan sehingga RM119 juta melalui Belanjawan 2011.
Selain daripda ini, kerajaan juga turut menghapuskan cukai jualan untuk telefon bimbit dan telefon pintar, menghapuskan cukai jualan dan duti import untuk peralatan jalur lebar, dan juga memperuntukkan sehingga RM100 juta untuk pembangunan usahawan ICT.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Macam best ja ni =D
bagi la streamyx 1mb = rm40
nampaknya dunia ICT akan semakin panas
hai streamyx 1malaysia dah rm38 (512kbps) cukup la kot…
kalau rm10 =1mbps lg bst apa…
wahhh
semakin mendapat perhatian,bagus la macam ni
boleh dapat harga paling murah dari streamyx
512kbps x best lagi nk streaming..masih lg tersekat2
1mb baru best..hua2
100 juta untuk pembangunan usahawan ICT? Best tu! Pasni kena bijak cari peluang untuk tingkatkan kemahiran ICT secara formal.
maknanya, blog-blog dengan kandungan utama berisi artikel ICT akan lebih diberi perhatian..ehemmm…