31Oct

Kerosakkan Pada Kabel SMW4 Sekali Lagi?

Telekomunikasi

Telekom Malaysia telah pun mengumumkan yang mana akan terdapatnya gangguan perkhidmatan internet mereka daripada 29 Oktober hingga ke 2 November disebabkan gangguan pada kabel SMW4 (South East Asia – Middle East – Western Europe), sekaligus menjejaskan pelayaran beberapa web daripada Eropah, Pakistan, India, Bangladesh dan juga Thailand.

TM mengatakan yang mana sepanjang proses pembaik-pulihan ini, akan terdapatnya beberapa gangguan dalam pelayaran web yang dihoskan dinegara terbabit, dari segi kelajuan pelayaran yang sedikit perlahan dan sebagainya.

Sebelum ini, kabel yang sama juga turut sama menghadapi beberapa masalah iaitu, pada penghujung 2008, membawakan gangguan talian internet ke seluruh dunia, dan dua kali pada awal tahun hari itu, iaitu pada penghujung bulan April dan juga pada penghujung bulan Mei.


Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Maxis Menyokong Sehingga 21Mbps Dengan HSPA+
Maxis Melancarkan Perkhidmatan Perlindungan - Maxis Secure
Malaysia Ditangga Ke-105 Dari Segi Infrastruktur Internet Pada Tahun 2010
Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan

7 Komen

  1. Ayieblog pada 31 Oct 2010

    Assalamualaikum,bro amanz kenapa ianya berlaku erk?? :)

  2. Omar pada 31 Oct 2010

    impak bencana alam bebaru ni kot..

  3. Han pada 31 Oct 2010

    ok, thanks for da info. so far so good for my existing internet connection.

  4. Taufik Mansor pada 31 Oct 2010

    tq for the info :)

  5. hasbullah pada 31 Oct 2010

    pdnlah int aq lembab semacam….

  6. Affuan pada 31 Oct 2010

    Aku pakai P1. Hehe.

  7. Wan pada 31 Oct 2010

    problem ja ni
    selesaikan cepat sudah


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader