15Oct

Maxis Bakal Membawa Masuk HTC Desire Z

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, tidak lama lagi HTC Malaysia akan memperkenalkan HTC Desire HD dan juga Desire Z di negara kita. Ianya dijangkakan yang mana kedua-dua keluarga baru Desire ini akan diperkenalkan pada penghujung bulan Oktober ini, ataupun selewatnya pada awal November kelak.

Sama seperti model Desire sebelum ini, juga HTC Desire Z dijangka akan dijual oleh Maxis melalui pakej pelan khasnya, dan juga secara berasingan tanpa sebarang kontrak. Namun begitu, harga jualannya masih lagi belum diketahui buat masa ini. Kami menjangkakan yang mana HTC Desire HD juga turut sama akan ditawarkan oleh Maxis seperti telefon pintar Android yang lain.

HTC Desire HD dan HTC Desire Z telah diperkenalkan oleh HTC kepada umum pada pertengahan bulan September yang lalu, yang mana masing-masing membawakan pelbagai perkara baru, disamping sokongan kepada HTC Sense yang baru dan ditambah baik.


Talian Maxis Beraksi Cemerlang Sepanjang Rawang-Kuala Lumpur Melalui Bas
Yes 4G Di Pantai Timur Menjelang Bulan Jun
Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?
Motorola Atrix Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hari Ini
HTC Mula Memberikan Perhatian Kepada Kualiti Dan Bukannya Kuantiti

3 Komen

  1. Iskandar pada 15 Oct 2010

    Mak aii .. aku ingat Desire dah bagus dah. Tapi ni jauh lagi hebat.

    Gila betoi!

  2. zik pada 15 Oct 2010

    persaingan teknologi… harap ia memberi keuntungan kepada pengguna.. yeah..

  3. Roslan pada 15 Oct 2010

    tak terkejor teman.. kalo teman jutawan..sume hendset teman try..teman giler gadget..haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader