12Oct

Maxis Bakal Membawa Masuk HTC HD 7

Gajet, Telekomunikasi

Selepas pengumuman rasmi Windows Phone 7, kini ianya diketahui yang mana Maxis bakal membawa masuk HTC HD 7 yang mana mengguna-pakai Windows Phone 7 pada telefon pintar dengan skrin sentuh 4.3″ itu ke Malaysia.

HTC HD7 didatangkan dengan processor 1GHz dan juga kamera 5MP dengan flash, serta beberapa fungsi lain seperti WiFi dan juga A-GPS. Pada masa yang sama, ianya juga menyokong video HD dengan resolusi 720p, serta ruangan storan terbina sebesar 16GB.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan harga yang bakal ditawarkan oleh Maxis, dan bilakah ianya akan dibeli oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, ianya sesuatu yang menarik untuk diketahui yang mana rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mencuba teknologi baru daripada Microsoft ini.


Maxis Bakal Menguji Rangkaian 4G LTE
DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy Tab
HoneyComb Launcher Pada BlackBerry PlayBook Diperlihatkan
Permainan Angry Birds Diperkenalkan Secara Rasmi Untuk BlackBerry PlayBook
Perbandingan iPad Baru Dan Tablet-Tablet Lain Di Pasaran

3 Komen

  1. menteil pada 12 Oct 2010

    macam menarik je man.. ape kata ko beli pas tu buat review.. =P

  2. zool pada 12 Oct 2010

    kalau harga murah leh le aku angkat..

  3. finalcross pada 13 Oct 2010

    nape la tk brape menarik windows phone 7 ni…still suke android lg yg simple.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader