Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada TM yang menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi melalui UniFi, kini Maxis turut sama menawarkan perkhidmatan yang serupa, dimana setelah ujian demi ujian, kini Maxis sudah pun memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada umum dibawah nama Maxis High Speed Internet. Walaubagaimanapun, kawasan yang disokong buat masa ini hanyalah Bandar Utama 11 &12, serta Sierramas.
Buat masa ini, pakej yang ditawarkan adalah hanya pakej berkelajuan 6Mb dengan harga RM118 untuk pelanggan sedia ada Maxis, manakala RM158 bagi pelanggan baru. Seperti perkhidmatan jalur-lebar yang lain, Maxis turut mengenakan kawalan had penggunaan, dimana untuk pakej berkelajuan 6MB ini, ianya dikenakan had kuota sebnya 40GB. Pada masa yang sama, Maxis High Speed Internet turut didatangkan dengan pakej VoIP, dimana anda boleh membuat panggilan tanpa had kepada talian tetap Maxis yang lain, 500 minit panggilan percuma ke talian mudah-alih Maxis, dan juga 200 minit percuma untuk panggilan IDD.
Melalui pengguna yang telah menguji Maxis High Speed Internet ini, kelajuan yang dijanjikan adalah amat menarik, dimana walaupun talian yang dijanjikan membawakan kelajuan selaju 20MBps, sebaliknya melalui ujian yang dilakukan oleh beliau, kelajuan mampu mencapai sehingga 80Mbps. Perkhidmatan VoIP juga dilihat tidak menghadapi sebarang masalah, dan berfungsi seperti talian telefon biasa. Walaubagaimanapun, keadaan ini harap dapat dikekalkan oleh Maxis, walaupun angka pengguna terus bertambah, dan tidak menghadapi sebarang masalah apabila bilangan pengguna bertambah dari hari ke hari.
Selain daripada itu, ianya juga diura-urakan yang mana Maxis turut akan memperkenalkan pakej baru dengan kelajuan 10Mbps tidak lama lagi.

Pakej Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Daripada Maxis [via]
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Bagusla.. Kuota pun dah naik
sket sangat kuota tu hehe
uhhh…cinonet je area yang di cover…uhh
kuota sikit nye..
bagi kat aku… tak sampai seminggu abes bandwidth..
pergh…meh la kawasan aku…hehe
lepas ni makin hebat la maxis promote produk HSBB
fantastic… competition means low price for end user.great.
tak pernah berminat dengan maxis… broadband dia pun aku dah kasi balik walaupun kena penalti… sekarang guna celcom
internet Maxis ni.agak kedekut la..
kuota biar le besar.ni nk muatturun
sehari le abis.huhuhu……………
Skarang Maxis tgh cover area USJ…..dalam proses….
yeah!! mari kita langgan HSBA….!!!!
bgi lah xde limit!!!!!!!!!!!!!