Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengikuti berita tempatan sudah mengenali akan MentariWorks dengan projek-projek mereka yang menarik, termasuk FeedMalaya, Faces.MY, Kreative.MY, MentariCSS, InfoMalaya dan banyak. Menariknya, kini mereka bakal muncul dengan projek baru mereka iaitu MentariCMS.

Antaramuka MentariCMS
CMS seperti mana ramai sedia maklum, adalah salah satu aplikasi berasaskan web yang memudahkan pentadbiran dan pengurusan sesuatu laman web itu. Antara CMS yang popular adalah termasuk Joomla, Drupal, dan ramai yang mengatakan yang mana WordPress juga merupakan salah satu CMS.
Daripada apa yang diperlihatkan pada MentariCMS, ianya membawakan suatu aplikasi pengurusan web yang ringkas dan menyeluruh, termasuk dengan kebolehan untuk membuat artikel baru, melihat statistik, serta menghantar pos secara terus ke laman Twitter dengan mudah.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui samaada pihak pembangunnya, MentariWorks akan memperkenalkan MentariCMS ini untuk dimuat-turun oleh semua dan digunakan secara percuma, ataupun mereka akan menggunakan MentariCMS ini untuk memulakan sebuah platform blog atau mikroblog yang serba baru ditujukan kepada para pengguna tempatan.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
perghhhhh cun !
klau la free lepas ni blogger malaysia dah tak guna wordpress dah la… huhu bangga bangga
kalau utk blog ni memang gempak la…kompom mau try…hehhehe..
wahhh
menarik ,fuhhh best2
pergh.. terbaik la.. kalau utk microblogging memang aku akan terus try.. kalau utk blog aku tunggu dia stabil dulu
bangga aku ada kengkawan macam ni. tahniah untuk pembangun anak tempatan.
Target untuk microblogging. Tapi apa-apa hal, ni cuma konsep. Nak kena siapkan dulu projek-projek sebelum ni. InsyaAllah. =D
Terima kasih kawan-kawan.
kalo free komfem aku support! terbaik nih!!!! thumb up utk rakyat Malaysia.
p/s:mintak2 fully Malaysian yang develop ya..no import2..heheheehhehe
bagus. bagus..
elok juga kalau free… jadi satu kebanggaan juga ni…
gila canggih geng2 ni. moga2 berjaya. nati boleh guna produk tempatan pula.
salam
nak support produk tempatan..
tapi nak freee jugak…hehe..
susah gak 2…