10Oct

MentariCSS 3.0 Alpha Sedia Di Gunakan

Web 2.0

Seperti yang dinantikan, akhirnya, pembangun MentariCSS, Mohd Huzairy, telah pun mengumumkan pelepasan MentariCSS 3.0 Alpha kepada umum yang mana membawakan pelbagai penambahan fungsi baru ke dunia CSS termasuk penggunaan doctype HTML5 pada MentariCSS.

Selain daripada itu, MentariCSS 3.0 Alpha turut sama membawakan pelbagai perkara baru, termasuk;

  • Penggunaan div untuk ID dan CLASSES bagi wrapper, header, content, sidebar dan footer, yang telah diletakkan di dalam fail Index.html, bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pembinaan prototaip.
  • Penambahan kod untuk self-clearing float, dan beberapa elemen untuk typography telah ditambah.
  • Penggunaan shortcode untuk font di dalam style.css bagi elemen body.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun MentariCSS secara percuma dan menggunakannya dalam pembangunan web anda, selain pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan MentariCSS dengan menambah-baik kod MentariCSS sedia ada.


FourSquare Kini Memperlihatkan Gambar Dengan Lebih Menarik Bersama Status Daftar Masuk
Facebook Memulakan Acara f8 Dengan Cara Yang Berbeza Dan Menarik
Gowalla Bakal Ditamatkan Pada Penghujung Januari - Mengesahkan Menyertai Facebook
Facebook Memfokuskan Sokongan Open Graph - Menguji Fungsi Trending Articles
LG Menyertai Industri Ruangan Storan Awan Melalui LG Cloud

8 Komen

  1. Bat pada 10 Oct 2010

    Terima kasih Aman. Kredit untuk encik Wafiq dan Ikram Hakimi juga, sebab sumbangkan idea dan kod. =D

  2. paeh pada 10 Oct 2010

    go mentari work… huhu…

  3. mancai pada 11 Oct 2010

    pernah download metaricss v2.0.1… nak try la versi alpha ni… terima kasih banyak2…

  4. Mohd Isa pada 11 Oct 2010

    cayalah…thanks mentari…i will support u’all always. :)

  5. Syuxx pada 11 Oct 2010

    Wah, mesti cuba ni.

  6. Akmal Hisyam pada 12 Oct 2010

    hoho..
    kena try ni..
    nak jugak rasa css framwork buatan malaysia..

  7. Ali ridha pada 12 Oct 2010

    terpaksa aku mencuba ni.


Trackbacks/Pingbacks

  1. MentariCSS 3.0 Alpha » MW Media

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader