Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam tidak ketinggalan dalam perang dunia rangkaian sosial, hari ini, MySpace mula memperkenalkan MySpace baru, yang mana memperlihatkan antaramuka yang diberikan nafas baru. Ianya akan diperkenalkan secara berperingkat mulai hari ini dan akan diperkenalkan kepada semua pengguna menjelang penghujung November kelak.
Kebanyakkan perkara telah diubah pada MySpace, daripada halaman utama, sehinggalah halaman profail dan yang lain-lain dalam usaha untuk mengubah MySpace menjadi dari hanya rangkaian sosial kepada sebuah destinasi hiburan sosial.
Kini, MySpace memfokuskan pengguna antara 13 hingga 35 tahun, dimana dalam perkataan lain, mereka mula memberikan perhatian kepada Generasi Y. Pada masa yang sama, kini matlamat utama MySpace adalah menjadi destinasi hibutan terkemuka didunia yang mana dijana secara sosial oleh para peminat dan pengguna. Pada masa yang sama, MySpace juga turut sama memperkenalkan logo baru MySpace secara rasminya.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lepas ada facebook..semuanya dah dilupakan..
hahaha.. lawak la logo dia..
teruskan
aku sebulan sekali on9 ms
myspace.. budak baru nak naik bleh la pakai kot.. keh3… *kacang lupakan kulit*
aku dah ter-login semula my_____ aku…oh tidak ada pic waktu muda2…hehe
i hate myspace, done!
ms top profile dah guna versi beta ..
keh2.. aku dh lame x on ms.. rasa boring giler.. skrg makin bnyk laman sosial smpi x tahu nak buka mana satu.. huh
tak pernah berminat dengan MS.. pernah ada tapi 2 hari je login..
bila wujud fb , ms makin dilupakan….
myspace. pusat mencari budak2 gedix online haha.
Nanti FB jugak akan jadi cam MS..jatuh merudum