Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nokia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan Nokia N8 di Malaysia, dimana telefon pintar Symbian ^3 ini ditawarkan pada harga RM1690, manakala anda boleh mendapatkannya daripada Maxis pada harga serendah RM999 hingga RM1299 dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan.
Melalui Nokia N8, ianya membolehkan anda merakamkan segala detik manis anda dalam bentuk HD melalui kamera optik Carl Zeiss 12-MegaPixel. Selain daripada itu, melalui Symbian ^3, Nokia N8 membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan HD, kebolehan untuk multitask, serta lebih 250 fungsi baru yang lain.
Pada masa yang sama, Nokia N8 membawakan sambungan HDMI, memudahkan anda melihat imej, video dan sebagainya terus daripada kaca-TV ataupun projektor anda dengan resolusi 720p. Nokia juga membawakan pelbagai perkara baru kepada telefon N8 mereka termasuk rangkaian sosial yang diintegrasikan, serta OVI Store untuk anda memuat-turun aplikasi dengan mudah.

Nokia N8 Membawakan Kamera 12MP [via]
Untuk fungsi WebTV pada Nokia N8 pula, Nokia menyertakan Tv3 dan 8TV melaluinya, membolehkan para pengguna mengikuti saluran tersebut dengan mudah. Nokia N8 akan mula dijual di Malaysia mulai 16 Oktober ini. Para pengguna yang berminat sudah boleh melakukan pra-daftar pada halaman Nokia mulai hari ini.

Nokia N8 Boleh Di Dapati Daripada Maxis [via]
Selain daripada Nokia N8, Nokia Malaysia juga melancarkan Nokia C3, Nokia C7 dan Nokia X3. Nokia C3 akan mula dijual pada harga RM520, Nokia C7 pada harga RM1490 manakala Nokia X3 pada harga RM610.
14 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Hahaha.. Nokia C3 murah gila harga dia kan.. nnt malam aku buat review pasal C3..
di malaysia ni..kalau ada barang baru mimang mahal diripada mas dahlahtu…bab servis langsung tak boleh pakai..gahnya yang lebih segi pengurusan hancur…satu malaysialah katakan…
tolong hantar maklumat tentang kelebihan telefon N8
saya dah angkat satu unit nokia c7-00.condition mmg very good.screen amoled.touch guna jari, tak boleh guna kuku.running app fast.i think this hp perfect.but ada masalah sikit pada penerimaan gelombang.sbb antena dia kt belah bawah.so kalau kita pegang akan ganggu gelombang.mcm iphone.lain function semua perfect.
Sambar N8 la bersama pakej. Murah pun murah. GRR~
berapa retailed price utk c7??…ada sape2 lg x yg penah guna c7??…
brape harga c7?
brp harga c7 erk??nk beli…
btul ke harga c3 500+++ jer??
C3 murah je la..blh dpt dlm RM300 lebi je skg..
c7 mahal harga tak jatuh lg dlm RM1400 lebi ada gak RM900 lebi tp tak tau lar ori ke tak..kalo nak murah ambil scond hand..
Mahal sangat tak mampu lah akak…
c7 0ri avaxx rm1050..ade bran??
bru plak tu..email aku cik_d@hotmail.com