21Oct

#Oct23rdTwtUp – TwtUp Terbesar Di Malaysia

Lain-lain

Dalam usaha untuk mempromosikan persahabatan dan kesatuan yang dibangunkan melalui laman Twitter dan juga secara dalam talian, sebuah TweetUp (Twitter + Meetup) tempatan telah pun dirancang, yang mana bakal diadakan pada penghujung minggu ini, 23 Otkober 2010 bertempat di Pusat Komuniti TTDI.

Walaupun sebelum ini, pernah diadakan beberapa tweetup tempatan di beberapa lokasi di sekitar Malaysia, menariknya mengenai #Oct23rdTwtUp ini adalah dimana ianya bakal menjadi twtup terbesar di negara kita. Ketika artikel ini ditulis, seramai 493 orang telah pun menyatakan akan datang pada laman twtup tersebut. Dengan angka kehadiran melebihi 250 orang anya juga bakal membolehkan para pengguna FourSquare tempatan untuk mendapatkan lencana Super Swarm yang pertama di Malaysia.

#Oct23rdTwtUp ini bakal berlangsung daripada pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam, dan pelbagai acara menarik telah diatur sepanjang masa tersebut, dimana kawasan tweetup tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu kawasan pentas, kawasan permainan game (PlayStation 3), kawasan permainan papan dan kad, serta kawasan permainan berkumpulan.

#Oct23rdTwtUp ini dianjurkan oleh tiga orang rakan, yang mana menggunakan nama pengguna Twitter @KarrotGold, @AinaAzizi, dan juga @IcedNyior. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan siapa yang akan hadir, dan apakah senarai aktiviti yang akan diadakan pada #Oct23rTwtUp itu kelak pada halaman rasminya pada web TwtVite.


Gangguan Internet Berlanjutan Sehingga 4 Januari
Pra-Tempah iPhone DiGi Sebelum 18 Mac
Kerajaan Mungkin Menapis Kandungan Internet?
Ubah Nama SSID Dan Kata Laluan Modem WiFi Peribadi Maxis Dengan Mudah
Anugerah NEF-Awani 2011 Menyaksikan Lebih 15 Pemenang Diraikan

10 Komen

  1. denaihati pada 21 Oct 2010

    usaha yang sangat bagus ni..online n real world

  2. zik pada 21 Oct 2010

    menarik2… ttdi dekat mana bro???

  3. khairil pada 21 Oct 2010

    aku dah rsvp…hehe
    kalau xda hal…dapat la pegi

  4. eyra pada 21 Oct 2010

    aku nak buat tp tak terbuat lg entry hahaha malam kang la

  5. Eizil pada 21 Oct 2010

    Nampaknya tak berpeluang aa nak gi oct23rdtwtup ni, huhuhu…

  6. Azam pada 21 Oct 2010

    tak sabar nak gi..oh gaji masuk cepat skit…

  7. paeh pada 22 Oct 2010

    aku pergi woiiii

  8. Musaab pada 22 Oct 2010

    InsyAllah akan hadir. Rumah 100meter je tadi tempat kejadian. Jumpa di sana.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Gambar suasana TweetUp terbesar Malaysia | syahirul.com
  2. Epic Event #Oct23rdTwtup memang Awesome dude! | KronologiHidupku

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader