14Oct

Opera 11 Akan Membawakan Fungsi Extensions

Google

Setelah sekian lama tidak mendengar sebarang berita daripada Opera, kini mereka muncul dengan sebuah perkara yang menarik, dimana Opera 10.70 akan terus dibawa menjadi Opera 11, sekaligus menambah beberapa perkara menarik, dan salah satunya adalah dimana Opera 11 akan mula menyokong extension sama seperti Firefox dan Chrome.

Dengan adanya kebolehan menyokong extensions, Opera 11 sekaligus akan dapat menarik minat para pembangun dan pengguna menggunakan pelayar web mereka yang sungguh menarik, sekaligus memudahkan para pengguna mengakses aplikasi pihak ketiga dengan mudah secara terus daripada pelayar web mereka.

Menariknya extension tersebut kelak akan dibangunkan berdasarkan W3C Widget, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu langkah ke arah Open Standard. Buat masa ini, versi alpha Opera 11 masih lagi belum dilepaskan, dan ianya mungkin akan dilepaskan dalam masa beberapa hari lagi.


Microsoft Memperkenalkan Platform Web
Kenali Lebih Banyak Laman Melalui Google Similar
Semua Google Profiles Akan Ditetap Sebagai Umum Pada 31 Julai
Pengguna Aktif Android Yang Menggunakan Android 2.3 Meningkat Ke-19%
Google+ Dibuka Kepada Semua - Hangout Kini Disokong Di Peranti Mudah-Alih

1 Komen

  1. Qistina pada 15 Oct 2010

    Dengan adanya extension, Opera 11 akan bertambah menarik lagi, mungkin menjadi saingan hebat kepada Chrome 8 atau Firefox 4. Safari, setakat ini masih tidak ada perkembangan terbaru.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader