Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan Google Chrome Web Store yang sedang dalam pembangunan oleh pihak Google. Kini ianya diura-urakan akan ditangguhkan pelancarannya ke bulan Disember kelak. Sebelum ini, Chrome Web Store, yang bakal menempatkan pelbagai aplikasi untuk ChromeOS dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober.

Chrome Web Store
Chrome Web Store

Kini, ianya diperkatakan yang mana Chrome Web Store akan dilancarkan pada minggu pertama bulan Disember kelak. Walaubagaimanapun, terdapat juga petanda yang memperkatakannya akan dilancarkan pada pertengahan November. Google sebelum ini telah memperkenalkan Chrome Web Store kepada umum pada acara Google I/O, awal tahun ini.

Chrome Web Store kelak dijangka akan melengkapkan lagi sistem operasi berasaskan perkomputeran awan daripada Google, iaitu Google Chrome OS, dimana melalui Chrome Web Store kelak, pelbagai aplikasi, samaada percuma atau berbayar akan disediakan melaluinya, dan para pengguna Chrome OS boleh mendapatkannya dengan mudah.

Chrome OS dijangka akan diperkenalkan pada bulan depan, dengan beberapa perantian baru yang akan diperkenalkan bersamasama dengannya. Walaupun ianya akan memberi kesan serba sebanyak sekiranya Google tidak memperkenalkan Chrome Web Store kepada para pengguna ketika pelancarannya, namun mungkin mengambil kira masa untuk para pengguna mendapatkan perantian dengan ChromeOS kelak, ianya akan sedia untuk digunakan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd