15Oct

Peralatan Jalur Lebar Di Kecualikan Cukai Sehingga 2012

Lain-lain, Telekomunikasi

Dalam usaha meningkatkan lagi kadar penembusan jalur lebar di Malaysia, hari ini, Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Menteri Kewangan, mengumumkan yang mana segala peralatan jalur lebar dikecualikan cukai selama tempoh dua tahun sehingga 2012.

Pengecualian cukai jualan dan juga duti import ke atas barang-barang dan peralatan jalur lebar itu dipanjangkan untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2012, membolehkan para penduduk di Malaysia memasang dan menggunakan jalur lebar dengan kos yang rendah, sekaligus mengalakkan mereka mempunyai sambungan jalur lebar dengan mudah.

Peralatan jalur lebar yang dimaksudkan oleh beliau berkemungkinan besar adalah termasuk dengan modem mudah-alih, serta modem dan beberapa perkakasan lain yang digunakan untuk disambungkan kepada perkhidmatan jalur lebar. Ini juga pada masa yang sama menjadikan kos pemasangan UniFi yang sedang diperkenalkan secara berperingkat di Malaysia pada harga yang minimum.

Mungkin kita akan dapat melihat beberapa promosi untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar daripada pelbagai penyedia di Malaysia tidak lama lagi.


Najib : Hampir 5 Juta Pengguna Facebook Malaysia
P1 Dalam Perbincangan Menjual Sebahagian Saham?
5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis
Pencalonan Untuk Anugerah Pilihan Rakyat Pada NEF-Awani ICT Awards 2011 Kini Dibuka
Mission Impossible : Ghost Protocol Dan Teknologi Yang Bakal Popular

4 Komen

  1. mancai pada 16 Oct 2010

    semakin bersaing… harap kelajuan maksima akan diperkenalkan…

  2. Affuan pada 16 Oct 2010

    Maksima ke minima? Hehe.

  3. wazy pada 16 Oct 2010

    terbaik,lepas ni semua boleh guna jalur lebar

  4. halim pada 17 Oct 2010

    kepada celcom broadband,jangan nak bagi alasan server x boleh itu lah ini lah….kerajaan dah bagi diskaun tu…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader