22Oct

Picasa 3.8 Menyokong Sehingga 38 Bahasa

Google, Perisian

Aplikasi desktop Picasa yang diguna pakai oleh ramai orang untuk melakukan perubahan pada imej dan gambar, kini melalui versi terkininya, Picasa 3.8 membawakan sokongan 38 bahasa berlainan, serta beberapa fungsi menarik yang lain.

Dengan pembelian Picnik oleh Google sebelum ini, kini editor gambar Picknik turut ditambah pada Picasa 3.8, serta kebolehan untuk memuat-naik gambar secara banyak, kawalan pengintegrasian bersama Picasa Web Albums, dan juga fungsi Face Movie. Face Movie merupakan fungsi baru yang memperlihatkan gambar yang terdiri daripada seorang sahaja.

Para pengguna Picasa boleh mengemaskini kepada versi terkini dengan melawat laman rasmi Picasa, selain para pengguna yang inginkan aplikasi percuma untuk menguruskan imej dan gambar pada PC anda juga boleh mendapatkan Picasa 3.8 secara percuma daripada Google.


Google Earth 6 Menambah Sokongan Street View
Blogger Memperkenalkan Cara Perspektif Baru Membaca Blog
Rekabentuk Baru Untuk Google Apps Turut Diperkenalkan
Google Melancarkan Aplikasi Rasmi Blogger Untuk Pengguna iOS
Lebih 3.7 Juta Peranti Android Diaktifkan Pada 24 Dan 25 Disember Lepas

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader