Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan penggunaan PayPal yang kian meningkat di negara kita ini, kini RHB mengumumkan kerjasama bersama PayPal yang mana membolehkan para pengguna tempatan untuk memasukkan duit ke dalam akaun PayPal secara terus melalui akaun deposit RHB.

Menariknya adalah perkhidmatan ini adalah percuma untuk semua pengguna RHB yang menggunakan RHB Internet Banking untuk mengakses servis ini. Walaubagaimanapun, ianya mempunyai tetapan masa untuk anda boleh menghantar duit dari akaun RHB ke akaun PayPal, bergantung kepada tetapan pada akaun PayPal anda.
Sekiranya anda menggunakan alamat Malaysia pada akaun PayPal, anda boleh melakukan transaksi antara kedua-dua perkhidmatan ini dalam Ringgit Malaysia untuk 24 jam setiap hari, manakala sekiranya menggunakan alamat US, anda hanya boleh menghantar duit antara 9.30 pagi hingga 8.00 malam sahaja, pada hari bekerja.
Sekiranya anda merupakan pengguna RHB, anda boleh mengakses perkhidmatan ini dengan log masuk kedalam RHB Internet Banking, dan seterusnya memilih Prepaid Services, dan seterusnya memilih menu Top Up PayPal Account.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wahh bagus ni
kene buat balik akaun RHB ,sennag nak guna paypal nanti
wahh canggih jugak rhb nih.. tapi aku dah lupa passwordnya.. aku tanya kat kaunter untuk recover password dia kata boleh recover online atau call teleservis.. pelik aku..
Sayangnya aku belum daftar akaun di RHB
akhirnya ada juga penyelesaian mudah untuk topup akaun paypal. kena buka akaun RHB la nampaknya lepas ni. thanks amanz
RHB ni nak tunjuk dia leading edge punya bank.
Tapi yg aku gelak, nak bukak akaun dengan bank dia, punyalah susah sbb dia ada polisi yg sangat pelik.
Ini cerita aku.
Aku pindah ke Segamat dari KL dah 3 tahun. So, dalam IC, alamat aku ialah di KL. 2 minggu lepas aku nak bukak akaun, lepas aku tunggu 2 jam (officer pergi makan, cik) last2 officer yg masuk tu, bila dia tengok IC aku dia kata aku tak boleh bukak akaun. Sebabnya, ini Segamat, IC aku alamatnya di KL.
“Cik nak bukak akaun, cik kena pergi branch di KL cik. Maaf, ni polisi.”
Tak masuk akal. Nak transfer duit dari Malaysia ke akaun Paypal kat US sana korang bagi. Nak bukak akaun dalam negara sendiri pulak punyalah payah.
Aku bukan nak mintak duit. Aku nak bagi bank dia duit. Itu pun susah.
Jadi bila keluar berita pasal paypal ni aku gelak je la.
polisi bank byk camtue… huhu!
Makin senang nak transfer duit ke PayPal. Nak kena bukak akaun RHB la camni hehe.
nk bg komen skit kat RHB BRANCH KUANTAN BERHAMPIRAN ECM..kenape mintak tolong print bank statemnt pun kene caj?nk jugak suruh buat internt..abis kalo org tua pon kene buat jgak ker kat internt..kalo org ni tau IT x per kalo bute IT?minta tolong print pun mcm2 alasan bg.