Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama dinantikan, kini ianya memperlihatkan yang mana Samsung Galaxy Tab bakal dijual di Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini dikukuhkan lagi apabila kini, Advertlets sudah mula mencari para penulis blog untuk membuat ulasan untuk Samsung Galaxy Tab.
Bagi yang tidak ketahui akan tablet daripada Samsung yang dikatakan antara pesaing terbaik untuk iPad, Galaxy Tab merupakan salah satu tablet yang bersaiz 7-inch dengan sistem operasi Android 2.2 Froyo. Galaxy Tab ini boleh dikatakan sebagai salah satu kejayaan daripada siri telefon pintar Galaxy daripada Samsung sebelum ini.
Pada masa yang sama, Samsung Galaxy Tab ini juga menyokong penuh Adobe Flash Player 10.1, dan melalui beberapa video di YouTube, ianya memperlihatkan yang Flash dapat dimainkan pada Galaxy Tab tanpa sebarang masalah.
Selain daripada itu, ianya dibina atas antaramuka Android khas daripada Samsung, selain membawakan beberapa aplikasi terbina, termasuk Swype dan juga Samsung Apps. Masa bertahan sehingga 7 jam lebih, serta kamera 3.0-MegaPixel pada bahagian belakang, dan juga 1.3MP di hadapan membolehkan anda merakamkan video pada resolusi 720×480 pixel dengan mudah.
Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih lagi belum diketahui, namun ianya dijangka akan mula dijual pada penghujung bulan ini ataupun selewatnya pada bulan November kelak.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Walawehhh! Ni la gajet seterusnya yg bakal meletup selepas iPhone 4. My next gadget after iPhone 4. yoshhh
dan kejap lagi aku akan dapat mencuba..
sape2 yg teringin nak pakai n terpikir nak beli.. coll me hanya rm2300 boleh bincang..
baru ada warrant.. coll me 010-5234688
mak oit… ini npon ke ape weh.. bapak besaaarr…
dtg jugak persaing ipad.
sangat cun! nak 1
Google’s director of mobile products, Hugo Barra, told TechRadar last month that Android 2.2 is “not optimized for use on tablets.”..Oleh i2 pkir2 la spe yg nk bli tab nie..seelok2nye tnggu la Android 3.0 Gingerbread..xlme dh kot nk kua..
boleh multitask tak?
nampak kool & cun gdg ni juga bolib pakai seperti phone !
Kalau RM2500 bolih hancur ipad !