18Oct

Ulasan Samsung Galaxy Tab

Gajet

Selain daripada tablet dari Apple, iPad yang sering diperkatakan, Samsung Galaxy Tab merupakan salah satu tablet menarik yang menggunakan sistem operasi Android, disamping membawakan pelbagai fungsi menarik. Berbeza dengan iPad, Samsung Galaxy Tab mempunyai skrin sebesar 7-inch selain seringan hanya 380 gram sahaja, sekaligus memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja.


Menu Pada Samsung Galaxy Tab

Menariknya mengenai Samsung Galaxy Tab adalah dimana ianya membawakan kedua-dua kamera, dihadapan dan juga dibelakang, sekaligus memudahkan anda membuat panggilan suara, ataupun merakamkan sebarang perkara dengan mudah melalui tablet tersebut.


Permainan “Angry Bird” Pada Samsung Galaxy Tab

Saiznya yang kecil juga memudahkan para pengguna untuk mengenggamnya, selain memainkan sebarang permainan yang disokong dengan mudah. Melalui skrin WSVGA beresolusi 1024×600, ianya membawakan pengalaman permainan yang menarik sekali dengan keupayaan grafik yang mengagumkan.


Slot SIM dan Mikro SD Pada Samsung Galaxy Tab

Berbeza dengan iPad, anda tidak memerlukan mikroSIM untuk Samsung Galaxy Tab, dimana ianya meyokong SIM bersaiz biasa, selain turut membolehkan para pengguna membesarkan saiz storan melalui slot mikroSD yang menyokong sehingga 32GB.


Butang Pada Samsung Galaxy Tab

Sama seperti pada telefon bimbit Android, Samsung Galaxy Tab membawakan 4 butang sensitif dibahagian hadapannya yang memudahkan para pengguna bernavigasi menggunakannya. Pelayaran internet pada Samsung Galaxy Tab juga amat menarik sekali, dimana ianya membawakan pelayar web berasaskan WebKit pada Android beserta dengan sokongan tab untuk membuka lebih dari satu laman web pada sesuatu masa. Selain daripada boleh digunakan sebagai tablet untuk melayari internet, Samsung Galaxy Tab juga boleh digunakan untuk membaca ebook.

Sama seperti pada telefon pintar Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy Tab turut menyokong media seperti lagu, gambar dan juga video. Walaubagaimanapun, ianya seperti tidak begitu menarik untuk mendengar lagu padanya memandangkan saiznya yang besar. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menjadikannya seperti digital frame ataupun menonton video padanya dikala kebosanan.

Samsung Galaxy Tab sudah pun tiba di Malaysia, namun masih belum dimulakan jualannya secara rasmi. Harga jualannya juga masih belum diketahui lagi buat masa ini.


Kamera Belakang Pada Samsung Galaxy Tab


Samsung Galaxy Tab Membawakan Android Froyo


Panggilan Video Dengan Mudah Pada Samsung Galaxy Tab


Sokongan tab Pada Pelayar Web Di Samsung Galaxy Tab


Membaca Ebook Pada Samsung Galaxy Tab


Konsep Perantian Mudah-Alih Dengan Tiga Skrin Diperlihatkan
LG Optimus 2X Dijual Pada Harga RM1899
DiGi Bakal Menawarkan Nokia N9 Untuk Penggunanya?
Telefon Pintar BlackBerry Berasaskan QNX Kini Dilajukan Pembangunannya?
Video Promosi Untuk The Next Galaxy Dipertontonkan Oleh Samsung

24 Komen

  1. aizuddin pada 18 Oct 2010

    ni macam hp ke?siap kena ada simcard ni?

  2. aman pada 18 Oct 2010

    sebenarnya sim card tuk surf internet pakai 3G semua kot. tapi memang boleh buat panggilan semua, sama cam HP. ;)

  3. finalcross pada 18 Oct 2010

    walawehhhh,siapakah milik sebenar gajet ini??? jeles siot

  4. Dino pada 18 Oct 2010

    Best ni. Macam mana ko bleh test plak. Jeles aku. BTW, lagi satu feature untuk buat phone call tu, derang kata lebih sesuai untuk speaker phone, dan untuk meeting.

  5. NoktahHitam pada 18 Oct 2010

    Berape laa harge die? Kalau kurang 1000, mmg aku tersangkut laa. kalau dekat 1.5k, baik cekau ipad.

    • aMaNz pada 03 Dec 2010

      2k++

    • tonoh pada 18 May 2011

      Saya tengah mempromosikan gadjet ini dengan hanya harga terendah rm1000. Brand baru lagi. juz lihat dalam wall facebook saya..Tonoh BinSeesaw. Boleh hubungi terus :019 2085342 untuk mendapatkan info terkini. Terima kasih

  6. Qistina pada 19 Oct 2010

    cuma yang masih tak pasti, berapakah harga Samsung Galaxy Tab dan dapatkah ia menandingi populariti iPad di Malaysia? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

  7. Affuan pada 19 Oct 2010

    Aku makin jatuh hati pada Android sebab tu aku tempah Samsung Galaxy S instead of iPhone. Ni kuar plak mende alah ni, konpem aku angkut pasni. Haha.

    *kalau samsung ada keluarkan laptop sehebat macbook, aku rela drop title aku sebagai apple guy

  8. paeh pada 21 Oct 2010

    chop! kamera dia bape megapixel. depan dgn belakang…?

  9. luthfi pada 21 Oct 2010

    gila hebat kot? aku berkenan. hohohoho

  10. shida pada 15 Jan 2011

    macmane nk masukkan gambar kita dalam yahoo messenger? tak boleh masuk?

  11. putri pada 19 Jan 2011

    dh mula d jual kt m’sia ker skrg..n berape harga sebenarnya..

  12. fatihah nabila pada 25 Jan 2011

    Galaxy Tab nie boleh buat keje2 cam word, excel ngan powerpoint tak? and then bleh trus print tak dr Galaxy Tab nie. Ada sesiapa bleh tolong beri penjelasan? Tgh confius sama ada nak pilih ipad atau this one. Yg menariknya Galaxy Tab bleh wat call tapi i-pad tak leh.

  13. nak tahu pada 18 Feb 2011

    boleh download Java Application tak..??

  14. dinz pada 21 Feb 2011

    adakah sama dengan samsung galaxy dari singapore? harga di sana lebih murah dari malaysia..kenapa?

  15. dinz pada 21 Feb 2011

    naper harga berbeza malaysia dengan singapura? di singapura lebih murah..model yg sama, spare part sama x?

  16. azamwatan pada 24 Apr 2011

    fuh mmg best la kalau ada org nk hadiah kat aku..pun tngh konfuse nih..nk beli ke nk tunggu org bagi..

  17. ju pada 31 May 2011

    nak tnya sikit..samsung tab ader 2 yang maner 3g + wifi..dan yang satu lagi wifi only
    yang leh phone call cume yg ader 3g sahajakn..manakala yg wifi shaja tk leh phone call…
    leh bagi detail tak…ke dua2 tab ni leh download tak

  18. has pada 15 Jun 2011

    baru2 ni dpt beli samsung galaxy tab 10.1 , dia ada sertakan 2 cd kecik utk install windows 7,xp,vista … boleh sya tau apa fungsi tu? n kalau nak gunakan microsoft words or office mcm mana ya? thank u…

  19. avanna pada 15 Jun 2011

    akum..aku dh tengok da samsung galaxy tab.mula2 tue ada gk fikir nk beli i-pad tp bila check2 kat samsung ne trus jatuh cinta.kat labuan harganya RM1500..screen protectr rm79.00,keypad rm200++..best gk ble call,video call,wifi, yg bestnyer main GAME hehe.. nak beli tp still nk fikir yg mana satu? I-PAD OR SAMSUNG GALAXY TAB…plz help me!!! tq…

    • Aman pada 16 Jun 2011

      tunggu Galaxy Tab 2 akan keluar bulan Julai nie.:D

  20. Abd Malek Md Zaid pada 28 Jul 2011

    Saya baru beli Galaxy Tab dlm 2 hari lepas tu ada masaalah buka sekejap saja dia akan off dan on. Saya hantar balik dekat kedai yg saya beli dan dia hantar pada samsung dalam 5 hari siap dan saya ambil semula dan saya masih menghadapi perkara lebihkurang sama hanya boleh guna dalam 10 ke 15 minit dia akan back ke opening page

  21. wina pada 09 Sep 2011

    kalau ipad2 boleyh print terus dari ipad2.. samsung tablet ni boleyh print jugak ke?ASAp thnx


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader