Cari @ Amanz

Selain daripada tablet dari Apple, iPad yang sering diperkatakan, Samsung Galaxy Tab merupakan salah satu tablet menarik yang menggunakan sistem operasi Android, disamping membawakan pelbagai fungsi menarik. Berbeza dengan iPad, Samsung Galaxy Tab mempunyai skrin sebesar 7-inch selain seringan hanya 380 gram sahaja, sekaligus memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja.


Menu Pada Samsung Galaxy Tab

Menariknya mengenai Samsung Galaxy Tab adalah dimana ianya membawakan kedua-dua kamera, dihadapan dan juga dibelakang, sekaligus memudahkan anda membuat panggilan suara, ataupun merakamkan sebarang perkara dengan mudah melalui tablet tersebut.


Permainan “Angry Bird” Pada Samsung Galaxy Tab

Saiznya yang kecil juga memudahkan para pengguna untuk mengenggamnya, selain memainkan sebarang permainan yang disokong dengan mudah. Melalui skrin WSVGA beresolusi 1024×600, ianya membawakan pengalaman permainan yang menarik sekali dengan keupayaan grafik yang mengagumkan.


Slot SIM dan Mikro SD Pada Samsung Galaxy Tab

Berbeza dengan iPad, anda tidak memerlukan mikroSIM untuk Samsung Galaxy Tab, dimana ianya meyokong SIM bersaiz biasa, selain turut membolehkan para pengguna membesarkan saiz storan melalui slot mikroSD yang menyokong sehingga 32GB.


Butang Pada Samsung Galaxy Tab

Sama seperti pada telefon bimbit Android, Samsung Galaxy Tab membawakan 4 butang sensitif dibahagian hadapannya yang memudahkan para pengguna bernavigasi menggunakannya. Pelayaran internet pada Samsung Galaxy Tab juga amat menarik sekali, dimana ianya membawakan pelayar web berasaskan WebKit pada Android beserta dengan sokongan tab untuk membuka lebih dari satu laman web pada sesuatu masa. Selain daripada boleh digunakan sebagai tablet untuk melayari internet, Samsung Galaxy Tab juga boleh digunakan untuk membaca ebook.

Sama seperti pada telefon pintar Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy Tab turut menyokong media seperti lagu, gambar dan juga video. Walaubagaimanapun, ianya seperti tidak begitu menarik untuk mendengar lagu padanya memandangkan saiznya yang besar. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menjadikannya seperti digital frame ataupun menonton video padanya dikala kebosanan.

Samsung Galaxy Tab sudah pun tiba di Malaysia, namun masih belum dimulakan jualannya secara rasmi. Harga jualannya juga masih belum diketahui lagi buat masa ini.


Kamera Belakang Pada Samsung Galaxy Tab


Samsung Galaxy Tab Membawakan Android Froyo


Panggilan Video Dengan Mudah Pada Samsung Galaxy Tab


Sokongan tab Pada Pelayar Web Di Samsung Galaxy Tab


Membaca Ebook Pada Samsung Galaxy Tab

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd