Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Apple kini dilaporkan telah mula menghantar jemputan media dimana mereka akan mengadakan sebuah acara khas pada 20 Oktober kelak. Menariknya, acara ini dinamakan “Back to the Mac” sekaligus memperlihatkan yang mana acara tersebut adalah dikhususkan untuk Mac, dan mungkin beberapa perkara berkaitan dengannya akan diperlihatkan.

Jemputan Back To Mac [via]
Walaupun masih tiada sebarang perkara yang dinyatakan pada jemputan tersebut, ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar, kemaskini perantian Mac OS X mereka akan diperlihatkan ataupun mungkin juga Apple akan mula bercakap mengenai sistem operasi akan datang mereka. Ramai yang menjangkakan yang mana generasi MacBook Air turut akan diperkenalkan pada hari itu kelak. Walau apapun, sama-sama kita nantikannya pada minggu hadapan.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
macam menarik jerk, aku nak miliki barangan Mac pun masih tak mampu. ades…mengidam Mac Air ni…hehe
Ada apa yek, suspen ni…
APPLE skrg semakin maju dan mantap bisnessnya..
Sentiasa melakukan kelainan dalam marketing
mungkin pada hari itu, sitem OS X Apple yang baru dengan kod nama ‘Lion’ akan diperkenalkan.