05Oct

Aplikasi Skype Untuk Android Di Lepaskan

Telekomunikasi, Web 2.0

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya, kini Skype telah pun mengumumkan aplikasi untuk perantian mudah-alih Android, yang mana membolehkan para pengguna Android dengan sistem operasi versi 2.1 dan terkini menggunakan servis Skype dengan mudah melalui perantian mudah-alih mereka.

Melalui aplikasi Skype untuk Android, ianya membolehkan para pengguna Android untuk menggunakan Skype menggunakan WiFi ataupun menggunakan internet mudah-alih (GPRS, EDGE dan juga 3G). Menariknya, aplikasi baru ini didatangkan dengan panggilan percuma antara pengguna Skype, tanpa mengira lokasi pemanggil. Selain daripada itu, fungsi Skype yang lain turut disokong melalui Skype untuk Android.

Walaubagaimanapun, ianya masih mempunyai sedikit masalah dengan beberapa telefon pintar Android terkini, seperti Samsung Galaxy S dan sebagainya. Namun begitu, masalah tersebut dijangka akan diatasi tidak lama lagi.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Skype untuk Android ini secara percuma terus daripada Android Market dengan mudah, dan mula gunakan Skype pada perantian mudah-alih Android anda.


Laman AJL24 Mengintegrasikan Twitter dan Facebook
Tiada Samsung Galaxy S2 Sehingga Bulan Jun
Lowyat.net Melancarkan Laman Baru Memfokuskan Wanita - Lipstiq.com
FeedGeorge Ditutup Sementara - Versi 2.0 Bakal Menyusul
Tabung Haji Menyertai Penerbitan Buku Digital - Melancarkan Aplikasi Untuk iPad

1 Komen

  1. Nizam6281 pada 06 Oct 2010

    Samsung S Galaxy dan HTC mana lagi bagus for android


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader