Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mempunyai idea yang menarik? Kini, anda boleh menyertai Startup Weekend, dimana melaluinya anda boleh bertemu dengan pelbagai orang dengan motivasi tinggi dalam membangunkan projek dan komuniti masing-masing. Acara yang pernah diadakan di lebih 25 negara itu, kini bakal diadakan di Malaysia pada bulan ini.

Melalui Startup Weekend, anda mempunyai lebih kurang 54 jam untuk membangunkan idea anda kepada suatu jenis perniagaan yang menarik. Anda juga boleh bertemu dengan rakan-rakan anda yang lain, dan berkongsi idea anda, selain mendapatkan input mereka berkenaan dengan idea tersebut. Pada masa yang sama, anda juga akan belajar untuk melancarkan perniagaan anda, dan ketahui misi, dan target pasaran anda, selain cara-cara memasuki pasaran, dan maklumbalas daripada yang pakar. Suatu fakta yang menarik adalah dimana lebih 36% perniagaan yang dimulakan pada Startup Weekend masih hidup selepas 3 bulan acara tersebut diadakan.
Di Malaysia, Startup Weekend dan Startup Day akan diadakan pada bulan Ogos ini dengan slogan “Ignite Your Startup” dan disokong sepenuhnya oleh kedutaan US di Malaysia dan juga Global Entrepreneurship Sdn Bhd. Berikut merupakan jadual Startup Weekend di Malaysia:
Bagi yang berminat, boleh mendaftarkan diri di laman Startup Weekend Malaysia. Anda juga boleh mempelajari dengan lebih lanjut berkaitan dengan Startup Weekend ini melalui halaman FAQ yang disediakan di laman rasmi mereka.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Demmit.Melaka memang selalu takda event macam ni
Thanks Amanz.
For Penang stop, TICKETS are ON SALE starting Tuesday, Oct 5th, and registrants until Oct 9th are entitled to EARLY BIRD discount: Just RM90 or less per pax (normal rate: RM100/pax)
KAT SINI BOLEH BELI TIKET: http://startupp.eventbrite.com
Maklumat lanjut: http://startupday.pp.my
Apa2 boleh tanya saya atau Hadi dari PenangBloggers.
come come to Penang!!! ;p
Bagus betul diaorang buat platform macam ni. Platform utk mereka yg kreatif.