Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, FourSquare merupakan salah satu rangkaian sosial yang berasaskan lokasi, dimana para pengguna diperlukan untuk “cek-in” di kawasan dan lokasi yang mereka sampai dan kongsikannya bersama rakan-rakan mereka yang lain. Menariknya, buat pertama kali di Malaysia, Super Swarm Badge pertama telah pun didapatkan oleh para pengguna FourSquare yang menghadiri TwtUp terbesar di Malaysia.

Bersempena dengan #Oct23rdTwtUp, para pengguna FourSquare juga mendapat lencana yang amat dinantikan mereka, iaitu lencana Super Swarm Badge, dimana lencana tersebut memerlukan lebih daripada 250 orang pengguna FourSquare berada di lokasi tersebut pada suatu-suatu masa yang sama.
Buat masa ini, angka rasmi berapa ramai yang hadir ke #Oct23rdTwtUp masih lagi belum dikeluarkan lagi, namun begitu, ianya adalah salah satu acara tweetup terbesar di Malaysia setakat ini, dimana ianya turut ditayangkan kepada umum melalui webcam di LiveStream.

11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
I was there….
We made it yawwww!!! XD
1st time check in terus dapat badge tuuu…hehe
Aku pun ade jugak.. Yeay..
Angka rasmi ni boleh tengok kat foursquare je la kan. rasanya ada 300+
aku pun nak g tapi apakan daya..ade hal T___T
bgs blog nie mengamalkan penggunaan bahasa melayu yang agak menyeluruh.. just nak tegur satu je,, penggunaan imbuhan di yang salah.. penggunaan imbuhan di sekiranya menunjukkan tempat mesti jarakkan (contohnya : di mana, di sini, di sana).. sekiranya tidak menunjukkan tempat mesti dekatkan (contohnya : didapati, dikhuatiri, diperhati)..
berbalik kepada tajuk n3 nie,, aku pun dapat gak “Super Swarm Badge” tu.. yeeeeeehaaaaa~
angka rasmi tu sepatutnya bilangan yang betul² ade kat situ. tak termasuk aku yang takde kat situ. tapi check in jugak nak dapatkan badge semata-mata hahaa..
tak berada kat situ pun bleh dapat badge ker?
yeahhh .. dapat badge ni secara pjj :p
wah macam best je