25Oct

Windows 8 Bakal Di Lepaskan Pada 2012

Microsoft

Setelah kejayaan Windows 7 yang sudah pun mencapai jualan sebanyak hampir suku billion, kini seperti semua ketahui, Microsoft sedang giat membangunkan Windows 8. Menariknya, kini beberapa petanda memperlihatkan yang mana Windows 8 ini akan dilepaskan pada tahun 2012 kelak.

Jikalau apa yang diperkatakan ini adalah benar, maka berkemungkinan besar kita akan dapat melihat versi pembangunan Windows 8, iaitu mungkin Windows 8 Beta seawal tahun hadapan, sekaligus menjadikan Windows 8 sebagai pesaing utama untuk Mac OS X 10.7 Lion. Beberapa maklumat awal berkenaan fungsi dan perkara baru yang akan dibawakan oleh kedua-dua sistem operasi ini telah sedia diketahui, dan semestinya para pengguna menantikan kejutan daripada kedua-dua pembangun terkemuka ini.

Selain daripada Windows 8 dan Mac OS X Lion, antara sistem operasi lain yang turut dinantikan adalah Google Chrome OS yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, dan juga Ubuntu 11.04 yang akan membawakan GNOME 3.0 sebagai persekitaran desktop utamanya kelak.


Windows Live SkyDrive Di Naik Taraf
Rekabentuk Kotak Office 2010 Di Perlihatkan
Windows 8 Membolehkan Pengubahan Pada Skrin Kunci
Disebalik Latar Windows XP - Gambar Paling Popular Dunia
Poster Peranti Nokia Dengan Windows Phone 8 Mula Kelihatan

7 Komen

  1. Anarm pada 25 Oct 2010

    tunggu kemunculan ubuntu 11.04..

  2. sazuwi pada 25 Oct 2010

    begitu pantas mereka bekerja..

  3. Han pada 25 Oct 2010

    so fast?
    even windows7 still not fully utilize…

  4. khaiirl pada 25 Oct 2010

    window 7 pun baru guna x abes explore lagi ni dahnak kluar windows 8 pulak tahun 2012..sempat2 khatam

  5. syahrilhafiz pada 25 Oct 2010

    woot3..
    tunggu dua2..lagi banyak lagi bagus..huhu

  6. Sophon pada 26 Oct 2010

    Internet Explorer 9 beta dah tubik dah.

    Dibuka untuk testing n feedback. Cantik, sangat laju. Setaraf dengan Chrome.

  7. RIS-IT pada 02 Nov 2010

    Google Chrome OS memang dinantikan.
    Lambat benar rasanya nak keluar.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader