27Oct

YTL Bakal Memperkenalkan Telefon WiMAX

Telekomunikasi

YTL Comms yang kini giat dalam membangunkan rangkaian jalur-lebar 4G mereka, yang dijangkakan akan dilancarkan pada 18 November kelak, kini diperkatakan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri yang dibangunkan dibawah platform Android. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan menggunakan nama YTL ataupun tidak.

Buat masa ini, informasi berkaitan telefon pintar tersebut masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, dan ianya diura-urakan yang mana YTL Comms telah pun mempunyai beberapa perantian WiMAX dalam pembangunan, dan telah melantik syarikat lain dalam pembangunan dan pengeluaran telefon pintar mereka itu.


YTL Comms Mengumumkan Kerjasama Bersama ECS ICT

Walaubagaimanapun, untuk seseorang pengguna itu dapat menggunakan telefon pintar WiMAX tersebut, keseluruhan kawasan di Malaysia perlulah diliputi dengan talian WiMAX dari YTL Comms, untuk mengelakkan para pengguna kehilangan rangkaian di beberapa kawasan, sekaligus menyukarkan mereka dihubungi.

Sehingga kini, YTL telah membeli lebih 2500 pusat stesyen pemancar daripada Samsung. YTL Comms dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan WiMAX mereka pada bulan depan, 18 November, dan dijangka akan memperkenalkan harga yang amat berpatutan kepada para pengguna seluruh Malaysia.

Tips daripada @MohdIsmail. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


Maxis Bakal Membawa Masuk HTC HD 7
Time dotCom Menawarkan Kelajuan Sehingga 50Mbps
Maxis Bakal Memperkenalkan Motorola Xoom?
Aplikasi Android iLi Radio Sedia Untuk Diuji
Tron - Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO Terbaru Di Malaysia

5 Komen

  1. mamat pada 27 Oct 2010

    pengguna yang pintar tentu saja tidak mahu menjadi beta tester untuk telefon pintar ytl wimax.

  2. FiKRi91 pada 28 Oct 2010

    wah makin banyak pesaing dalam arena IT ney..
    harap2 teknologi yg dioffer lagi murah r..
    untung jadi pengguna..hehehe

  3. beburung pada 28 Oct 2010

    Biasanya phone yg ada Wimax ni dual mode, boleh akses kedua2 rangkaian Wimax dan selular biasa (GSM, WCDMA, HSDPA). Konsep yg lebih kurang sama dengan phone yg ada 3G gak, kalau takde network dia akan fall back kepada 2G.

    Expect them untuk “pinjam” network lain bagi rangkaian selular konvensional, ala U-Mobile. Just guessing.

  4. akubiomed pada 28 Oct 2010

    Sesuatu perkembangan yang positif supaya lebih ramai yang celik IT terutama diluar bandar. Lagi banyak pembekal Jalur Lebar tanpa wayar lebih kompetetif dari pakej, harga dan kandungan. Harap-harap jangan indah khabar dari rupa

  5. mancai pada 30 Oct 2010

    persaingan sihat


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader